Judul : Himpunan RUU 355: MCA, Tiong Lai cuba pecah belah kaum
link : Himpunan RUU 355: MCA, Tiong Lai cuba pecah belah kaum
Himpunan RUU 355: MCA, Tiong Lai cuba pecah belah kaum
Isma WebPengerusi UMMAT, Aminuddin Yahaya. – Gambar fail Isma Web
Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, dakwaan Liow dianggap atas dasar kepentingan politik semata-mata dan sengaja menimbulkan kekeliruan terhadap rakyat Malaysia khususnya orang bukan Islam.
Malah bidasnya, Liow juga dilihat sengaja mencetuskan provokasi kaum terhadap penganjuran itu yang langsung tidak menyentuh dan menganggu hak orang bukan Islam di negara ini.
“Liow dan beberapa pengikutnya yang sebenarnya menimbulkan perpecahan antara kaum kerana penganjuran Himpunan RUU355 bukan bertujuan untuk memusnahkan orang bukan Islam di Malaysia.
“Namun, Liow mereka-reka perkara ini, maka dia lah sebenarnya pihak yang cuba memecahbelahkan kaum,” katanya hari ini.
Sebelum ini, Liow dilaporkan akan menentang perhimpunan mega yang dianjurkan oleh PAS itu ekoran menyifatkan ia bakal menjadi penyebab kepada perpecahan di negara ini.
Liow turut mengulangi pendirian partinya, MCA yang berterusan menentang pindaan akta yang dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei tahun lepas.
Mengulas perkara itu, Aminuddin berkata, MCA sehingga kini masih tidak memahami tujuan akta itu dipinda meskipun berulang kali dijelaskan, ianya tidak membabitkan orang bukan Islam.
“Disebabkan agenda politik, dia (Liow) membuat kenyataan dan dakwaan seperti itu…..menentang penganjuran perhimpunan berkenaan bermakna mereka tidak memahami undang-undang dan hak kebebasan orang Islam.
“Kita bukan mahu menimbulkan huru-hara seperti perhimpunan Bersih dan Baju Merah sebelum ini. Kalau orang bukan Islam mempunyai hak tertentu dan bebas, kenapa pula mahu disekat kebebasan dan hak orang Islam. Jadi saya rasa cukuplah bagi Tiong Lai untuk buat kenyataan seperti ini,” katanya.
Himpunan dengan bertemakan warna ungu itu dijangka diadakan di Dataran Merdeka bagi meningkatkan kesedaran dan menghidupkan sokongan rakyat khususnya orang Islam di Malaysia terhadap pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Himpunan RUU 355: MCA, Tiong Lai cuba pecah belah kaum
Sekianlah artikel Himpunan RUU 355: MCA, Tiong Lai cuba pecah belah kaum kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Himpunan RUU 355: MCA, Tiong Lai cuba pecah belah kaum linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/himpunan-ruu-355-mca-tiong-lai-cuba.html
0 Response to "Himpunan RUU 355: MCA, Tiong Lai cuba pecah belah kaum"
Posting Komentar