Judul : Banjir Sabak Bernam: Keadaan terkawal, jumlah mangsa meningkat sedikit
link : Banjir Sabak Bernam: Keadaan terkawal, jumlah mangsa meningkat sedikit
Banjir Sabak Bernam: Keadaan terkawal, jumlah mangsa meningkat sedikit
OLEH NORHAYATI UMORSHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di tiga pusat pemindahan di daerah Sabak Bernam meningkat sedikit kepada 356 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 352 orang malam tadi.
Menurut Bilik Gerakan Bencana Daerah Sabak Bernam, jumlah mangsa di Dewan Sri Bernam bertambah kepada 164 orang daripada 48 keluarga, berbanding 160 mangsa daripada 46 keluarga malam tadi.
Bagaimanapun, mangsa banjir di Dewan Parit Baru dan Dewan Sri Nakhoda tidak berubah sejak malam tadi iaitu masing-masing 163 orang daripada 51 keluarga dan 29 orang daripada lapan keluarga.
Semalam, seramai 83 anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dihantar ke Pusat Pemindahan Banjir Dewan Kampung Parit Baru.
Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan bergotong-royong memasak di pusat pemindahan berkenaan dan akan membantu kerja pembersihan rumah penduduk terjejas jika banjir reda.
Kerja membantu mangsa banjir di Sabak Bernam itu adalah kali pertama disertai RAMD yang selama ini terlibat dalam operasi membantu mangsa banjir khususnya di Pantai Timur.
Laporan dikemukakan Unit Bencana Negeri Selangor menunjukkan jumlah taburan hujan pada Isnin hingga Selasa lalu jauh lebih besar daripada apa yang berlaku sebelum ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, purata taburan hujan meningkat iaitu mencecah 240 milimiter (mm) dalam tempoh sembilan jam yang dicatatkan pada Isnin lalu.-nR-
Banjir Sabak Bernam: Keadaan terkawal, jumlah mangsa meningkat sedikit
Sekianlah artikel Banjir Sabak Bernam: Keadaan terkawal, jumlah mangsa meningkat sedikit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Banjir Sabak Bernam: Keadaan terkawal, jumlah mangsa meningkat sedikit linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/banjir-sabak-bernam-keadaan-terkawal.html
0 Response to "Banjir Sabak Bernam: Keadaan terkawal, jumlah mangsa meningkat sedikit"
Posting Komentar