Wanita Australia Dakwa Temui Barangan Peribadi Mangsa MH370

Wanita Australia Dakwa Temui Barangan Peribadi Mangsa MH370 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Australia Dakwa Temui Barangan Peribadi Mangsa MH370, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Australia Dakwa Temui Barangan Peribadi Mangsa MH370
link : Wanita Australia Dakwa Temui Barangan Peribadi Mangsa MH370

Baca juga


Wanita Australia Dakwa Temui Barangan Peribadi Mangsa MH370

PERTH: Kasut, selipar, beg tangan, dompet dan topi antara barangan yang ditemukan oleh seorang wanita di Australia yang mendakwa kesemua barangan peribadi itu merupakan milik mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada Mac 2014.
Wanita terbabit, Sheryl Keen yang tinggal di Perth, bekerjasama dengan penyiasat amatur, Blaine Gibson untuk mencari sebarang petunjuk yang mampu merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut.
Antara barangan penting yang ditemukan adalah selipar berwarna perang yang dipercayai dipakai oleh seorang penumpang wanita berdasarkan rakaman kamera keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari kejadian.
Menurut Keen, dia percaya selipar itu merupakan milik wanita terbabit yang dinamakan sebagai "Cinderella" dan kesemua barangan yang ditemukannya datang daripada pesawat MH370.
"Kami mendapati barangan peribadi yang ditemui di sepanjang kawasan pantai Madagascar mempunyai kesan yang sama iaitu sudah lusuh dan rosak.
"Malah pakar kaji laut memaklumkan bahawa kemungkinan besar barangan penumpang dan krew pesawat MH370 akan terdampar di kawasan pantai tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Keen yang merupakan pengerusi Kumpulan Sokongan Kemalangan Udara Australia (ACSGA), berkata, pihaknya akan menyerahkan kesemua barangan tersebut kepada Polis Persekutuan Australia untuk tindakan lanjut.
Dia menubuhkan kumpulan itu selepas kematian suaminya dalam nahas pesawat pada 2009 dan berharap dalam membantu lebih ramai keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi sama.
Bagaimanapun Keen mengakui bahawa Australia hanya terlibat sebagai sebahagian kecil dalam misi pencarian pesawat itu, sekali gus mungkin terlepas petunjuk penting.
"Kami dalam proses rundingan dengan pihak polis untuk menyerahkan barangan tersebut tetapi pihak berkuasa Malaysia bertanggungjawab dalam mengendalikan penemuan barangan peribadi.
"Australia hanya terlibat dalam pencarian di dasar laut dan saya tidak pasti mahu berhubung dengan pihak mana untuk menyerahkan barang ini," katanya.


Wanita Australia Dakwa Temui Barangan Peribadi Mangsa MH370

Sekianlah artikel Wanita Australia Dakwa Temui Barangan Peribadi Mangsa MH370 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Wanita Australia Dakwa Temui Barangan Peribadi Mangsa MH370 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/wanita-australia-dakwa-temui-barangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wanita Australia Dakwa Temui Barangan Peribadi Mangsa MH370"

Posting Komentar