Tun M hadir konvensyen DAP untuk politik peribadi - Tunku Aziz

Tun M hadir konvensyen DAP untuk politik peribadi - Tunku Aziz - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M hadir konvensyen DAP untuk politik peribadi - Tunku Aziz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M hadir konvensyen DAP untuk politik peribadi - Tunku Aziz
link : Tun M hadir konvensyen DAP untuk politik peribadi - Tunku Aziz

Baca juga


Tun M hadir konvensyen DAP untuk politik peribadi - Tunku Aziz

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup mengadai maruahnya demi kepentingan politik peribadi dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
 
Sehubungan itu, beliau tidak terkejut dengan kehadiran bekas perdana menteri itu di Konvensyen DAP, semalam.  
 
"Saya tidak terkejut jika beliau hadir (semalam) tanpa diundang. Malah pendiriannya untuk bekerjasama dengan DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan lain-lain yang pernah dimusuhinya sebelum ini. 
 
"Ini menunjukkan individu ini seorang yang oportunis, 'politically bankrupt' dan jaja maruahnya untuk mendapat kelebihan peribadi dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir," ujarnya kepada Antarapos, hari ini.
 
Mahathir, pada semalam hadir 'mengejut' ke Konvensyen DAP meskipun tiada jemputan diberikan kepadanya sebelum ini, atas alasan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan sebahagian komponen dalam Pakatan Harapan (PH).
 
Bagaimanapun Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mendakwa partinya membuat 'jemputan khas' kepada Mahathir pada saat-saat akhir.
 
Mengulas kerjasama Mahathir dan DAP yang semakin erat sejak kebelakangan ini, Tunku Aziz menyifatkan bekas perdana menteri itu seolah-olah lupa dengan jasa parti lamanya yang pernah memberikan peluang yang terbaik selama 22 tahun.
 
"Kit Siang dan Mahathir 'layak' antara satu sama lain. Mereka mungkin fikir penyatuan itu direstui tetapi sebenarnya akan membawa bencana kepada mereka.
 
"Sesiapa yang mempercayai Mahathir selepas semua ini, perlu berfikir semula. Mahathir sudah pun tonjolkan warna dirinya yang sebenar," demikian menurutnya.
 
Selepas mencemuh DAP sebagai rasis dan pengamal politik perkauman, Mahathir kini 'beralih arah' dengan memuji parti pimpinan anak-beranak itu sebagai parti pelbagai bangsa.
 
 


Tun M hadir konvensyen DAP untuk politik peribadi - Tunku Aziz

Sekianlah artikel Tun M hadir konvensyen DAP untuk politik peribadi - Tunku Aziz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tun M hadir konvensyen DAP untuk politik peribadi - Tunku Aziz linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/tun-m-hadir-konvensyen-dap-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun M hadir konvensyen DAP untuk politik peribadi - Tunku Aziz"

Posting Komentar