Tanah Runtuh: Kanak-Kanak 9 Tahun, Ibu Saudara Maut Di Jerantut

Tanah Runtuh: Kanak-Kanak 9 Tahun, Ibu Saudara Maut Di Jerantut - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanah Runtuh: Kanak-Kanak 9 Tahun, Ibu Saudara Maut Di Jerantut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanah Runtuh: Kanak-Kanak 9 Tahun, Ibu Saudara Maut Di Jerantut
link : Tanah Runtuh: Kanak-Kanak 9 Tahun, Ibu Saudara Maut Di Jerantut

Baca juga


Tanah Runtuh: Kanak-Kanak 9 Tahun, Ibu Saudara Maut Di Jerantut


JERANTUT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan ibu saudaranya maut dalam satu kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan hutan Matau Felda Kota Gelanggi 5 dan 6, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku ketika kanak-kanak berkenaan, Mila, 9, bersama dua ibu saudaranya, Ani, 27, dan Pati, 12, serta sepupunya, Ita (anak Ani), 12, sedang mencari damar di hutan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada abang mangsa yang juga bapa kepada Mila, Hasan Anak Bakar sekitar jam 3 pagi tadi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima, keempat-empat Orang asli Kampung Paya Lintah terbabit mula memasuki hutan sekitar jam 8.30 pagi semalam.

Katanya, sekitar jam 9.20 malam, salah seorang mangsa iaitu Pati telah pulang ke rumah dalam keadaan cedera lalu memaklumkan kejadian terbabit kepada penduduk kampung berkenaan.

"Pada jam 9.30 malam terbabit, pengadu bersama orang kampung telah masuk ke dalam hutan berkenaan untuk mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa yang masih tinggal.

"Hasil dari pencarian tersebut telah menemui Ita yang dalam keadaan cedera manakala Mila sudah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Mereka dikatakan gagal menemui Ani, lalu mengambil keputusan untuk membawa pulang Ita yang cedera manakala mayat Mila ditinggalkan di lokasi kejadian lalu ke Balai Polis Daerah Jerantut untuk membuat laporan.

Bagaimanapun sekitar jam 1.40 petang tadi, Azid memberitahu menerima makluman bahawa Ani telah ditemui meninggal dunia di mana mayatnya ditemui pasukan penyelamat tersangkut pada pokok kayu tepi sungai.

"Tanah runtuh terbabit dianggarkan menggelongsor sekitar 100 meter dari jarak ketinggian. Mayat mangsa sedang dalam proses untuk dibawa keluar dan di bawa ke Hospital Jerantut untuk tindakan lanjut," katanya.

Azid berkata, jarak masa perjalanan dari bandar Jerantut ke Matau berkenaan menelan masa lebih kurang 1 jam 30 minit manakala jarak dari Matau tersebut ke rumah mangsa adalah sekitar 2 jam.

"Jarak dari rumah mangsa untuk ke lokasi kejadian pula dianggarkan sekitar 45 minit," katanya.

Menurutnya lagi, seramai sembilan anggota dan seorang pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dibantu lima anggota Bomba dan Penyelamat Daerah Jerantut serta 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula jam 9 pagi tadi dan sehingga kini mangsa yang hilang masih belum ditemui. #sumber


Tanah Runtuh: Kanak-Kanak 9 Tahun, Ibu Saudara Maut Di Jerantut

Sekianlah artikel Tanah Runtuh: Kanak-Kanak 9 Tahun, Ibu Saudara Maut Di Jerantut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tanah Runtuh: Kanak-Kanak 9 Tahun, Ibu Saudara Maut Di Jerantut linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/tanah-runtuh-kanak-kanak-9-tahun-ibu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tanah Runtuh: Kanak-Kanak 9 Tahun, Ibu Saudara Maut Di Jerantut"

Posting Komentar