Tak bagi tanding S’gor, Azmin mahu PAN bergabung PKR

Tak bagi tanding S’gor, Azmin mahu PAN bergabung PKR - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak bagi tanding S’gor, Azmin mahu PAN bergabung PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak bagi tanding S’gor, Azmin mahu PAN bergabung PKR
link : Tak bagi tanding S’gor, Azmin mahu PAN bergabung PKR

Baca juga


Tak bagi tanding S’gor, Azmin mahu PAN bergabung PKR

Datuk Seri Azmin Ali pula menyokong cadangan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin yang mahukan PAN (Parti Amanah Negara) bergabung dengan PKR dan mahu ia dibincangkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti.

Pandangan Timbalan Presiden PKR itu nampaknya berbeza dengan pendirian Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution yang menyifatkan idea itu masih terlalu awal untuk dibincang dan PAN perlu diberikan ruang untuk mengembangkan sayapnya.

Azmin memberi alasan cadangan itu perlu diteliti kerana melibatkan soal kedinamikan parti dan sesebuah pertubuhan yang demokratik perlu bersikap terbuka.

“Bagi saya kita tak boleh ambil sikap acuh tak acuh atau ketepikannya (langsung).

“Cadangan berkenaan boleh dibincangkan dan pertimbangkan tetapi bukanlah kerana ada perebutan kerusi,” katanya kepada media di Shah Alam pada Isnin.

Sebelum ini Afif menyatakan cadangan supaya PKR dan PAN bergabung dibangkitkan dalam mesyuarat dalaman partinya.

Kata Afif, penggabungan itu dicadangkan kerana ada pimpinan PKR berpendapat kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan terhadap Islam yang sederhana serta sifat pelbagai kaumnya.

Bagaimanapun idea berkenaan segera ditolak Saifuddin, serta Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub.

Semalam, Pengarah Komunikasi PAN Khalid Samad menempelak PKR kerana pandangan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang tidak membenarkan PAN dan PPBM bertanding di negeri itu.

Shuhaimi membayangkan PPBM dan PAN berkemungkinan tidak akan dibenarkan bertanding di negeri itu dan Pulau Pinang.

Sebaliknya kata Shuhaimi, kedua-dua parti tersebut perlu memberi tumpuan di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).


Tak bagi tanding S’gor, Azmin mahu PAN bergabung PKR

Sekianlah artikel Tak bagi tanding S’gor, Azmin mahu PAN bergabung PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tak bagi tanding S’gor, Azmin mahu PAN bergabung PKR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/tak-bagi-tanding-sgor-azmin-mahu-pan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tak bagi tanding S’gor, Azmin mahu PAN bergabung PKR"

Posting Komentar