SPAD Gesa Henti Sistem Komisen, "Naikkan Gaji" Para Pemandu Bas

SPAD Gesa Henti Sistem Komisen, "Naikkan Gaji" Para Pemandu Bas - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPAD Gesa Henti Sistem Komisen, "Naikkan Gaji" Para Pemandu Bas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPAD Gesa Henti Sistem Komisen, "Naikkan Gaji" Para Pemandu Bas
link : SPAD Gesa Henti Sistem Komisen, "Naikkan Gaji" Para Pemandu Bas

Baca juga


SPAD Gesa Henti Sistem Komisen, "Naikkan Gaji" Para Pemandu Bas

SELAYANG: Pemandu bas perlu dibayar gaji lebih tinggi untuk menamatkan sistem komisen yang dibayar mengikut bilangan perjalanan, kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar menggesa kerajaan memperkenalkan kadar lebih fleksibel bagi tambang bas ekspres.
Beliau berkata dengan memperkenalkan tambang lebih baik akan menghentikan pemandu bas mengejar bilangan perjalanan untuk mendapatkan pendapatan lebih tinggi.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tidak boleh menggesa pengusaha bas swasta membayar kadar lebih tinggi kerana ia akan mengakibatkan “tutup kedai”.
“Komisen yang dibayar kepada pemandu bas bergantung kepada perjalanan … Ia akan memaksa pemandu mengejar perjalanan,” katanya.
“Kita perlu menggalakkan pengusaha bas membayar gaji lebih tinggi tetapi kita juga harus ingat bas ekspres bukan milik kerajaan.
“Oleh itu, kita harus membenarkan tambang lebih fleksibel. Ia bukan penyelesaian total tetapi sebahagian daripada penyelesaian,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan barangan runcit dan pakaian kepada masyarakat Rohingya di Sekolah Rohingya Pelangi Kasih.
Dalam kemalangan yang berlaku pada malam Krismas, jam 4 pagi, 14 orang terbunuh dan 16 lain cedera selepas bas ekspres menuju ke Kuala Lumpur terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter berhampiran Pagoh.
Kerajaan pada Mac tahun lalu mencadangkan kenaikan tambang bas ekspres, tetapi ditangguhkan berikutan kritikan orang ramai. Semakan terakhir tambang adalah pada 2009.
Syed Hamid turut mengemukakan masalah lain dialami industri bas ekspes.
Beliau berkata terdapat kekurangan pemandu bas kerana faktor minat yang rendah di kalangan rakyat Malaysia terhadap pekerjaan itu.
Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan pengehadan kelajuan pada bas ekspres untuk menghentikan pemandu daripada memandu laju.
Beliau berkata negara seperti Amerika Syarikat menerima pakai kaedah itu terhadap kenderaan awam dan kereta sewa untuk membendung pemanduan melebihi had kelajuan.
Syed Hamid berkata SPAD tidak dapat berbuat banyak dalam menyelesaikan kemalangan maut melibatkan bas kerana bidang kuasanya terhad kepada pemberian atau menggantung permit pengendali.
Oleh itu, beliau menggesa kerajaan membenarkan SPAD membatalkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam pemandu, yang kini di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan. #sumber


SPAD Gesa Henti Sistem Komisen, "Naikkan Gaji" Para Pemandu Bas

Sekianlah artikel SPAD Gesa Henti Sistem Komisen, "Naikkan Gaji" Para Pemandu Bas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca SPAD Gesa Henti Sistem Komisen, "Naikkan Gaji" Para Pemandu Bas linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/spad-gesa-henti-sistem-komisen-naikkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SPAD Gesa Henti Sistem Komisen, "Naikkan Gaji" Para Pemandu Bas"

Posting Komentar