Saiful Bukhari 'Harap', Keputusan Mahkamah Akhiri Perjalanan Kes Liwat II

Saiful Bukhari 'Harap', Keputusan Mahkamah Akhiri Perjalanan Kes Liwat II - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saiful Bukhari 'Harap', Keputusan Mahkamah Akhiri Perjalanan Kes Liwat II, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saiful Bukhari 'Harap', Keputusan Mahkamah Akhiri Perjalanan Kes Liwat II
link : Saiful Bukhari 'Harap', Keputusan Mahkamah Akhiri Perjalanan Kes Liwat II

Baca juga


    Saiful Bukhari 'Harap', Keputusan Mahkamah Akhiri Perjalanan Kes Liwat II

    PETALING JAYA: Saiful Bukhari Azlan berharap keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengakhiri perjalanan kes Liwat II, yang berlarutan sejak Februari 2010.
    Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun sedar kes seks luar tabii itu akan terus digunakan sebagai modal politik.
    “Sebagai pengadu, saya berharap dan mendoakan, perjalanan melalui proses mahkamah ini sudah sampai ke penghujungnya.
    “Walaupun realitinya, saya tahu ia bukanlah titik noktah bagi sesetengah pihak yang sentiasa menjadikan aduan saya sebagai modal politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di blognya, hari ini.
    Di Mahkamah Persekutuan hari ini, panel 5 hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak permohonan semakan kes oleh Anwar, dalam cubaan terakhirnya untuk membersihkan diri daripada sabitan tuduhan liwat.
    Hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
    Kini, satu-satunya pilihan yang tinggal ialah untuk memfailkan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.
    Selepas 8 tahun sejak laporan polis dibuat pada 2008, Saiful dan keluarga menerima keputusan mahkamah tertinggi yang “sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar”.
    “Yang menyedihkan saya, ada pihak, serta beberapa tokoh yang selama ini saya sanjung, turut sama-sama berkempen untuk membebaskan beliau.
    “Mereka ini seakan tidak menghiraukan nasib dan perasaan saya selaku pengadu atau mangsa yang menuntut keadilan dalam kes ini.
    “Ternyata pada mereka ini, kuasa dan survival politik lebih penting daripada keadilan seorang insan kerdil,” katanya.
    Pada 2014, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful pada 2008.
    Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari tahun lalu mengekalkan hukuman itu, 11 tahun selepas Anwar dibebaskan daripada hukuman penjara 6 tahun kerana disabitkan pertuduhan rasuah.#sumber


    Saiful Bukhari 'Harap', Keputusan Mahkamah Akhiri Perjalanan Kes Liwat II

    Sekianlah artikel Saiful Bukhari 'Harap', Keputusan Mahkamah Akhiri Perjalanan Kes Liwat II kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

    Sudah dibaca Saiful Bukhari 'Harap', Keputusan Mahkamah Akhiri Perjalanan Kes Liwat II linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/saiful-bukhari-harap-keputusan-mahkamah.html

    Subscribe to receive free email updates:

    0 Response to "Saiful Bukhari 'Harap', Keputusan Mahkamah Akhiri Perjalanan Kes Liwat II"

    Posting Komentar