Saiful Bukhari Azlan Sedih Tun Dr Mahathir Dan Anwar Kini "Berbaik Semula"

Saiful Bukhari Azlan Sedih Tun Dr Mahathir Dan Anwar Kini "Berbaik Semula" - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saiful Bukhari Azlan Sedih Tun Dr Mahathir Dan Anwar Kini "Berbaik Semula", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saiful Bukhari Azlan Sedih Tun Dr Mahathir Dan Anwar Kini "Berbaik Semula"
link : Saiful Bukhari Azlan Sedih Tun Dr Mahathir Dan Anwar Kini "Berbaik Semula"

Baca juga


Saiful Bukhari Azlan Sedih Tun Dr Mahathir Dan Anwar Kini "Berbaik Semula"

KUALA LUMPUR: Saiful Bukhari Azlan percaya Tun Dr Mahathir Mohamad masih percaya tuduhannya pada 2008 yang beliau diliwat bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, bekas pembantu di pejabat PKR itu mengakui keakraban Dr Mahathir dan Anwar memberi kesan kepada dirinya.
“Saya tidak kisah dengan pembangkang. Tetapi apabila dia (Dr Mahathir) menyokong Anwar, ia sedikit menyentuh perasaan saya. Ia agak sedih untuk saya,” Saiful, yang membuka kedai bersama isteri Nik Suryani Megat Deraman sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Dr Mahathir bertemu Anwar buat pertama kali dalam masa 18 tahun pada Sep 5, menamatkan permusuhan antara kedua-dua pemimpin yang pernah menerajui negara pada era 90an itu.
Bagi Saiful, tuduhan liwat terhadap Anwar tetap kekal dan yakin Dr Mahathir masih mempercayainya walaupun selepas kedua-dua seteru politik itu berbaik semula.
“Dia (Dr Mahathir) tidak menyatakan itu (tuduhan liwat) tidak benar. Dia hanya katakan bebaskan dia (Anwar) sahaja,” kata Saiful.
Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada Feb 2015 mendapati Saiful seorang saksi yang boleh dipercayai.
Pelanggan ahli politik
Antara barangan dijual Saiful dan isteri ialah beg tangan, kain songket, baju dan skirt.
Selain itu, Saiful dan Nik Suryani turut menawarkan khidmat konsultasi media kepada ahli politik dan wakil rakyat.

“Kita bagi konsultasi macam mana nak adakan sidang media, macam mana hendak keluarkan kenyataan, macam mana hendak menjawab soalan provokatif wartawan.
“Dari sudut kajian, saya dan beberapa kumpulan dan pihak tertentu turut menyediakan khidmat bancian pengundi. Kami ambil kajian dan menilai kawasan berkenaan,” katanya.
Saiful berkata kira-kira 20 ahli politik kini pelanggan khidmat konsultasi mereka. #sumber



Saiful Bukhari Azlan Sedih Tun Dr Mahathir Dan Anwar Kini "Berbaik Semula"

Sekianlah artikel Saiful Bukhari Azlan Sedih Tun Dr Mahathir Dan Anwar Kini "Berbaik Semula" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Saiful Bukhari Azlan Sedih Tun Dr Mahathir Dan Anwar Kini "Berbaik Semula" linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/saiful-bukhari-azlan-sedih-tun-dr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saiful Bukhari Azlan Sedih Tun Dr Mahathir Dan Anwar Kini "Berbaik Semula""

Posting Komentar