PKNS tinggalkan FAS... kini bernaung dibawah PBMS

PKNS tinggalkan FAS... kini bernaung dibawah PBMS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKNS tinggalkan FAS... kini bernaung dibawah PBMS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKNS tinggalkan FAS... kini bernaung dibawah PBMS
link : PKNS tinggalkan FAS... kini bernaung dibawah PBMS

Baca juga


PKNS tinggalkan FAS... kini bernaung dibawah PBMS

Azmin oh Azmin... apa yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sehingga badan induk bolasepak negeri itu kehilangan pasukan ternama dibawahnya.

Kelab bola sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) membuat keputusan ‘tergempar’ iaitu meninggalkan FAS untuk bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) bagi meneruskan penyertaannya dalam Liga Super 2017.

Desas-desus mengenai kemungkinan itu berlaku semakin kuat dibincangkan dalam kalangan pemerhati bola sepak dan dikatakan berpunca daripada isu tarik tali dengan FAS yang seolah-olah enggan merestui penyertaan skuad Semut Merah dalam Liga Malaysia.

Sehubungan itu PKNS nekad memeterai persefahaman dengan PBMS dan dikatakan mereka telah mengadakan rundingan sebanyak dua kali iaitu pada 29 November dan 1 Disember lalu.

Sepucuk surat permohonan rasmi PKNS untuk menyertai PBMS yang dipayungi oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) serta menjadi ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu telah dihantar semalam.

Difahamkan penyertaan PKNS di bawah badan induk baharu PBMS ke dalam Liga Malaysia tetap mematuhi sebarang klausa Fasal 4 peraturan pertandingan FAM.

Pegawai kanan kelab PKNS gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenai kemungkinan ini namun difahamkan satu pengumuman rasmi mengenainya bakal dibuat oleh mereka pada minggu ini.

PKNS, yang kini diterajui E. Elavarasan, dinaikkan semula ke Liga Super setelah muncul naib juara Liga Perdana 2016.

Rekod mereka dalam Liga Malaysia agak cemerlang setelah bergelar naib juara Piala FA musim sama, menjuarai Liga Perdana 2011 dan menjulang Piala FAM 1979 dan 2003.

Presiden PBMS, Mohd. Firdaus Mohamed ketika dihubungi mengesahkan satu mesyuarat khas dilangsungkan malam tadi dan pihaknya sebulat suara memutuskan untuk menerima kemasukan PKNS itu.

“Selebihnya, memandangkan dalam keadaan sekarang, biarlah PKNS yang membuat penjelasan lanjut mengenainya,” katanya yang juga Naib Presiden PBSMM.


PKNS tinggalkan FAS... kini bernaung dibawah PBMS

Sekianlah artikel PKNS tinggalkan FAS... kini bernaung dibawah PBMS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PKNS tinggalkan FAS... kini bernaung dibawah PBMS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/pkns-tinggalkan-fas-kini-bernaung.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PKNS tinggalkan FAS... kini bernaung dibawah PBMS"

Posting Komentar