Judul : Petanda Ada Tangan Ghaib Di Belakang SPRM?
link : Petanda Ada Tangan Ghaib Di Belakang SPRM?
Petanda Ada Tangan Ghaib Di Belakang SPRM?
Petanda Ada Tangan Ghaib Di Belakang SPRM?Saiz bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi seperti yang berkaitan dengan 1MDB dan Felda, didakwa sedang dikecilkan.
Difahamkan bahagian berkenaan ditubuhkan kurang daripada lima tahun lalu untuk menyiasat kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli-ahli politik, atau rasuah yang melibatkan jumlah lebih RM1 juta.
Petanda Ada Tangan Ghaib Di Belakang SPRM? Satu sumber yang biasa dengan perkembangan tersebut membayangkan bahawa bahagian yang bertanggungjawab untuk menangani beberapa kes besar sebelum ini, sedang dikecilkan atau sedang berdepan dengan penyusunan semula.
Ia tidak diketahui sama ada langkah itu dipersetujui atau disokong oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad, kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Antara kes-kes yang dikendalikan bahagian berkenaan termasuk kes SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB yang kini di bawah Kementerian Kewangan.
Kes-kes lain termasuk pembelian hartanah hotel oleh Felda London di bawah pengerusinya sekarang, Tan Sri Isa Samad, dan kes rasuah infrastruktur air di Sabah.
Petanda Ada Tangan Ghaib Di Belakang SPRM?
Felda telah pun dilaporkan dibersihkan daripada salah laku.
Ia tidak diketahui sama ada pengecilan bahagian itu ekoran langkahnya untuk menyiasat SRC International.
Pada 5 Disember lepas, SPRM dilaporkan telah menyoal Datuk Seri Najib Razak berhubung kes SRC dan mengenai RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri, yang dikatakan sumbangan dari Timur Tengah.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kemudiannya membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.
Petanda Ada Tangan Ghaib Di Belakang SPRM? Malaysiakini telah menghantar mesej teks kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan sedang menunggu respons darinya, dan juga sedang berusaha untuk menghubungi ketua bahagian operasi khas, Datuk Bahri Mohd Zin untuk mendapatkan komen. - mk
Petanda Ada Tangan Ghaib Di Belakang SPRM?
Sekianlah artikel Petanda Ada Tangan Ghaib Di Belakang SPRM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Petanda Ada Tangan Ghaib Di Belakang SPRM? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/petanda-ada-tangan-ghaib-di-belakang.html
0 Response to "Petanda Ada Tangan Ghaib Di Belakang SPRM?"
Posting Komentar