Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal

Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal
link : Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal

Baca juga


Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal

 
Jamal didakwa memberi sogokan duit kepada remaja yang masih bersekolah untuk terlibat dalam himpunan Baju Merah, bulan lalu.


jamal-yunos


SUNGAI BESAR: Penduduk di Sungai Besar malu dengan sikap tidak matang ditunjukkan ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Jamal Yunos dengan mengadakan “protes tuala” dan mengeluarkan kenyataan seksis menyindir Datuk Siti Nurhaliza.

Penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 40, berkata tindakan Jamal bertuala ke pejabat kerajaan negeri Selangor bagi membantah gangguan bekalan air di Lembah Klang sejak Isnin lalu dan menyindir kesuburan Siti tidak sepatutnya berlaku.

“Kalau orang ada akal, dia tidak akan buat macam itu. Soal kesuburan itu satu ketentuan daripada Allah. Tidak ada zuriat, itu bukan kerja manusia.

“Jadi, tindakan Jamal itu tidak patut. Pada pandangan saya, ramai orang Sungai Besar ini marah dan malu ada pemimpin seperti Jamal,” katanya ketika ditemui FMT di pekan Sungai Besar hari ini.

Rabu lalu, Jamal berjalan ke bangunan setiausaha kerajaan Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran sejak Isnin lalu di sekitar Lembah Klang, yang dikritik orang ramai.

Siti adalah antara mereka yang mengkritik “protes tuala” Jamal. Penyanyi popular itu memuat naik gambar Jamal muncul di pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air ke Instagramnya.

Jamal kemudiannya membalas kritikan Siti dengan kenyataan seksis menyindir penyanyi itu masih belum menimang cahaya mata.

“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal menerusi pesanan WhatsApp, semalam, yang dikecam orang ramai termasuk pengguna Facebook.

Umi berkata, Umno tidaklah teruk, sebaliknya tindakan sesetengah pemimpinnya yang merosakkan parti Melayu itu.

Katanya, beliau tidak menyokong Jamal, tetapi akan menyokong wakil rakyat Barisan Nasional di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi pada pilihan raya umum akan datang.

“Budiman lebih baik daripada Jamal. Kita sokong Budiman sebab dia bagus dan membantu rakyat di sini.

Tetapi Jamal tidak. Kita bukan melihat kepada parti itu tetapi sikap ditonjolkan pemimpin itu. Jika baik kita sokong, kalau tidak kita tidak sokong,” katanya.

Seorang lagi penduduk tempatan, Zakwan Arif, 22, mendakwa kebanyakan penyokong Jamal terdiri daripada remaja yang masih bersekolah kerana wang.

“Kebanyakan yang sokong Jamal ini budak yang belum habis sekolah. Apabila ditanya kenapa sokong, mereka jawab sebab duit.

“Memang betul, duit itu dapat menarik minat budak sekolah terutamanya, tetapi tidak baik libatkan mereka terutama dengan mengajak mereka terlibat dalam himpunan Baju Merah pada 19 November lalu.”

Beliau berkata, pemimpin setempat sepatutnya memikirkan cara memajukan belia di Sungai Besar melalui penganjuran aktiviti berfaedah.

“Zaman sekarang ini tidak seperti dulu. Masa dulu, kalau program parti kita ikut, sebab bagus. Sekarang tidak ada program seperti dulu.

“Misalnya dulu, kebanyakan program seperti sukan semua belia akan sertai, tidak kira parti. Namun, kini tidak ada lagi. Mereka lebih suka membawa belia ke himpunan jalanan,” dakwanya.

Ananthan Narayeanan, 69, bagaimanapun mempertahankan Jamal dengan berkata beliau tidak bersalah.

“Saya sudah 69 tahun duduk di sini dan penyokong BN. Saya rasa Jamal itu seorang pemimpin berani. Dia juga banyak beri bantuan kepada penduduk sini. Misalnya, sebelum ini beri burger percuma.

“Itu bukan duit kerajaan, itu (duit) dia. Pada pandangan saya, sikap dia itu kita tidak boleh kata salah. Itu sifat dia. Yang penting bantuan kepada rakyat sentiasa diberikan. Sikap dia itu kita tolak ke tepi,” katanya.



Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal

Sekianlah artikel Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/penduduk-sungai-besar-malu-ada-pemimpin.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal"

Posting Komentar