Judul : Penasihat Umum Amanah Pertahankan Hak Hadi Awang Lawat Iran
link : Penasihat Umum Amanah Pertahankan Hak Hadi Awang Lawat Iran
Penasihat Umum Amanah Pertahankan Hak Hadi Awang Lawat Iran
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menerima sokongan daripada seteru kuatnya Amanah, selepas kehadirannya di sebuah persidangan di Iran dikritik beberapa pihak.
Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang berkata ia merupakan hak presiden PAS itu untuk hadir ke Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke-30 di Tehran, Iran, acara tahunan mengumpulkan ulama pelbagai mazhab dari Sunni dan Syiah.
Menurutnya, Hadi berani menegaskan pendiriannya.
“Dari segi pemergian dan pendirian dia, saya rasa hak dia,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beberapa pihak yang mengkritik Hadi menuduh Iran bersekongkol dengan regim Bashar Assad dalam konflik di Syria..
Konflik Syria yang masuk tahun ke-5 sudah mengorbankan puluhan ribu orang awam, dan turut membabitkan kumpulan yang menaikkan sentimen permazhaban termasuk militan IS.
Susulan kritikan itu, Hadi menjelaskan secara panjang lebar mengenai konflik di Syria, dan menasihati pengkritiknya tidak terpengaruh dengan dakyah di media mahupun media sosial yang cuba memburukkan Iran yang bermazhab Syiah.
“Isu Sunni dan Syiah ditiupkan supaya membakar. Selepasnya beberapa tokoh ulama rasmi dan tidak rasmi mendukung kenyataan yang membakar itu,” kata Hadi.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali menjelaskan kehadiran Hadi ke Tehran adalah bagi mewakili PAS sebagai presiden parti.
“Sudah pasti dalam penglibatan apa sahaja forum antarabangsa, PAS mempunyai pendirian politik tersendiri terhadap sebarang krisis yang berlaku di Timur Tengah termasuk melibatkan Syria, Yaman, Iraq dan Palestin.
“Pendirian tersebut sama sekali tidak akur atau tunduk kepada sebarang kepentingan mana-mana pihak yang melakukan kezaliman,” katanya. #sumber
Penasihat Umum Amanah Pertahankan Hak Hadi Awang Lawat Iran
Sekianlah artikel Penasihat Umum Amanah Pertahankan Hak Hadi Awang Lawat Iran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Penasihat Umum Amanah Pertahankan Hak Hadi Awang Lawat Iran linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/penasihat-umum-amanah-pertahankan-hak.html
0 Response to "Penasihat Umum Amanah Pertahankan Hak Hadi Awang Lawat Iran"
Posting Komentar