Judul : PAS sifatkan PAN parti makan kawan
link : PAS sifatkan PAN parti makan kawan
PAS sifatkan PAN parti makan kawan
PKR harus menyedari yang PAN adalah sebuah parti yang kawan makan kawan.Kata Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu (DPPKB), Nurul Islam Mohamed Yusoff , ia jelas apabila Ketua Pemuda PAN, Sany Hamzan dalam Konvensyen Nasional PAN semalam menyatakan kesediaan untuk meletakkan calonnya di Parlimen Batu yang kini sedang disandang oleh pemimpin PKR, Tian Chua.
Tambah beliau, ini sekaligus menunjukkan sifat sebenar PAN yang tidak semangat setiakawan dan boleh membunuh mangsa secara senyap.
“Selepas membawa lari kerusi-kerusi yang asalnya milik PAS, kini PAN mengugut pula akan merampas kerusi milik PKR di Parlimen Batu. Seharusnya PKR menyedari hal ini dan perlu bersikap tegas terhadap ugutan PAN ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sany sebelum ini turut mengulangi kenyataan beberapa pemimpin utama PAN yang menyatakan akan bertanding di kerusi-kerusi ditandingi PAS.
Ia juga jelas menunjukkan bahawa PAN sebenarnya ditubuhkan sekadar bagi melampiaskan dendam terhadap PAS, bukannya untuk memberikan saingan kepada BN.
“Barangkali PKR juga sudah mula boleh membuat pertimbangan untuk meneruskan hubungan dengan parti kawan makan kawan seperti ini.
“Jangan nanti menyesal di kemudian hari akibat dikhianati oleh mereka,” tambahnya.
Nurul Islam dalam masa yang sama turut mencabar agar PAN segera mengumumkan calonnya yang akan menandingi kerusi tersebut pada PRU14 akan datang.
PAS sifatkan PAN parti makan kawan
Sekianlah artikel PAS sifatkan PAN parti makan kawan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS sifatkan PAN parti makan kawan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/pas-sifatkan-pan-parti-makan-kawan.html
0 Response to "PAS sifatkan PAN parti makan kawan"
Posting Komentar