PAS Perlis sambut baik pindaan Enakmen Pentadbiran Islam 2006

PAS Perlis sambut baik pindaan Enakmen Pentadbiran Islam 2006 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Perlis sambut baik pindaan Enakmen Pentadbiran Islam 2006, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Perlis sambut baik pindaan Enakmen Pentadbiran Islam 2006
link : PAS Perlis sambut baik pindaan Enakmen Pentadbiran Islam 2006

Baca juga


PAS Perlis sambut baik pindaan Enakmen Pentadbiran Islam 2006

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Perlis hari ini menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri Perlis apabila meluluskan pindaan undang-undang syariah bagi membolehkan anak berusia dibawah 18 tahun memeluk Islam dengan persetujuan samada ibu atau bapa.
 
Menurut Pesuruhjayanya Mohd Shukri Ramli berkata, pindaan Enakmen Pentadbiran Islam 2006 itu disokong kerana selari dengan perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan agama anak dibawah umur 18 tahun boleh ditentukan oleh ibu atau bapa atau penjaga anak berkenaan.
 
"(PAS Perlis) menerima (pindaan ini) dan sokong pindaan ini dibuat oleh Dewan Undangan Negeri semalam dan saya (salah seorang ADUN) yang sokong. 
 
"Sebelum ini apa yang diwartakan di Perlis nampak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan samada ibu dan bapa, (kini) dipinda dan diluluskan kelmarin (semalam) nampak selaras dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini tidak jadi masalah untuk dipinda," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
DUN Perlis semalam meluluskan pindaan berkenaan setelah kesemua 12 ADUN Umno dan satu daripada PAS menyokong pindaan berkenaan yang dibuat kerajaan negeri pimpinan Menteri Besarnya Datuk Seri Azlan Man.
 
Namun perkara itu ditolak ADUN Indera Kayangan Chan Ming Kai daripada PKR manakala ADUN Titi Tinggi Khaw Hock Kong daripada MCA membantah pindaan berkenaan dan terus bertindak keluar daripada dewan ketika pindaan itu diluluskan.
 
"Saya tidak nampak dia (ADUN Titi Tinggi) cuma masa itu dia tidak berada dalam dewan, saya tidak maklum. Tapi ADUN Indera Kayangan memang menentang dan hanya dia sahaja yang tidak sokong.
 
"Tidak ada timbul ketegangan cuma YB Chan Ming Kai (ADUN Indera Kayangan) sahaja yang bangun mempertahankan enakman itu supaya tidak dipinda dan dia tidak menyokong. Yang lain tetap sokong," katanya menceritakan situasi sebenar berhubung pindaan berkenaan.
 
Secara dasarnya, pindaan dibuat terhadap terhadap versi bahasa Melayu enakmen itu, yang sebelum ini menyebut kanak-kanak bawah 18 tahun boleh memeluk Islam dengan kebenaran 'ibu bapa atau penjaga.
 
Perkataan 'ibu bapa' dalam Seksyen 117(b) ditukar kepada 'ibu atau bapa' bagi memberikan kebenaran kepada kanak-kanak dibawah tahun untuk memeluk agama Islam.
 
 


PAS Perlis sambut baik pindaan Enakmen Pentadbiran Islam 2006

Sekianlah artikel PAS Perlis sambut baik pindaan Enakmen Pentadbiran Islam 2006 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS Perlis sambut baik pindaan Enakmen Pentadbiran Islam 2006 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/pas-perlis-sambut-baik-pindaan-enakmen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Perlis sambut baik pindaan Enakmen Pentadbiran Islam 2006"

Posting Komentar