PAS Dah Serik

PAS Dah Serik - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Dah Serik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Dah Serik
link : PAS Dah Serik

Baca juga


PAS Dah Serik

PAS Dah Serik. PAS tidak akan berkompromi dengan parti pembangkang lain dalam isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi mengelakkan sejarah mereka dipijak berulang akibat terlalu berlembut dengan sekutunya, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS itu berkata, parti berkenaan akan menurunkan calon di semua kerusi yang ditandingi mereka pada PRU13, tidak kira kerusi yang mereka menangi atau kalah.

PAS Dah Serik. “Setiap kali kita bertanding, PAS korbankan kerusi PAS, tapi yang lepas biarlah lepas.

“Kali ini tidak ada lagi kompromi, soal kerusi PAS (parti pembangkang lain) kena hormat. Kamu boleh bincang, mereka boleh bincang, PAS tidak ambil semua kerusi dan kita bertanding dalam 70 kerusi dulu,” katanya selepas menghadiri Ceramah Mega Rakyat bersama PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malam tadi.

Acara mega PAS di Paya Jaras itu menyaksikan pemimpin parti Islam itu berkongsi pentas dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dengan disaksikan lebih 1,000 penyokong.
Kehadiran pimpinan tertinggi 3 parti pembangkang itu dinanti-nantikan selepas Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman dilaporkan berkata, ceramah mega itu antara usaha mendampingi PKR dan PPBM bagi membentuk blok politik berasingan tanpa pembabitan musuh ketatnya, Amanah dan DAP.

PAS Dah Serik


Mengulas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara PPBM dan Pakatan Harapan petang ini, Tuan Ibrahim berkata, PPBM bebas bekerjasama dengan mana-mana parti, namun PAS tetap tidak akan menyertai gabungan itu.

“PAS tidak akan bersama, sebab itu saya kata walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, tidak bermakna tidak ada muafakat. Cuma kita minta mereka kena hormat kerusi PAS dan dasar parti, kita tegaskan soal satu-lawan-satu, kalau kita duduk dalam Pakatan Harapan, tetapi tidak ada rasa hormat tidak ada guna kita bersama.

“Kita juga tidak ada hubungan dengan DAP dan Amanah, soal PPBM nak jadi jambatan perhubungan itu terpulang kepada PPBM.

“Bagi PAS, setakat ini kita mempunyai kerjasama rasmi dengan PKR dan PPBM kita dalam perbincangan dan PAS tegaskan kita bekerjasama dengan semua parti yang menghormati dasar perjuangan kita,” katanya.

PAS Dah Serik


PAS sebelum ini menolak sebarang bentuk kerjasama dengan DAP dan Amanah, namun mereka belum memutuskan sama ada mahu membuat perjanjian dengan parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingan 2 penjuru menentang Barisan Nasional pada PRU14.

PPBM baru-baru ini menyuarakan hasrat menyertai Pakatan Harapan, gabungan politik PKR, DAP dan Amanah yang ditubuhkan selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP tahun lalu. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image






PAS Dah Serik

Sekianlah artikel PAS Dah Serik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS Dah Serik linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/pas-dah-serik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Dah Serik"

Posting Komentar