Judul : Panassss Ni!!! PAS mahu cabar PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh
link : Panassss Ni!!! PAS mahu cabar PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh
Panassss Ni!!! PAS mahu cabar PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh
Walaupun Parlimen Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi milik PKR, nampaknya keadaan politik semasa sudah berubah apabila PAS mula menyatakan hasrat untuk bertanding di situ pada pilihan raya umum depan.Kerusi tersebut sejak beberapa penggal didominasi oleh PKR bermula dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disambung oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PAS Permatang Pauh dilapor mahu bertanding di kawasan parlimen itu dan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bawahnya dalam pilihan raya umum depan.
“Kami juga berhak meletak calon ketiga DUN dan parlimen kerana kami tiada apa-apa ikatan dengan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi,” Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad dipetik berkata.
DUN di kawasan itu adalah Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir.
Sebelum ini, harian itu melaporkan PAN (Parti Amanah Negara) Pulau Pinang yang berminat bertanding di Permatang Pasir yang selama ini menjadi kubu kuat PAS.
Jamsari berkata, umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga DUN dan parlimen Permatang Pauh dimiliki oleh PAS.
Namun, katanya lagi, atas semangat toleransi PAS memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon sebelum ini.
Malahan, semasa pilihan raya kecil sebelum ini selepas Anwar dipenjarakan, PAS juga tidak membantu kempen PKR dan memboikotnya.
Panassss Ni!!! PAS mahu cabar PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh
Sekianlah artikel Panassss Ni!!! PAS mahu cabar PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Panassss Ni!!! PAS mahu cabar PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/panassss-ni-pas-mahu-cabar-pkr-di.html
0 Response to "Panassss Ni!!! PAS mahu cabar PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh"
Posting Komentar