Judul : Najib: Pelajar IPT Tak Perlu Bayar Daftar Niaga SSM Mulai Pada 2017
link : Najib: Pelajar IPT Tak Perlu Bayar Daftar Niaga SSM Mulai Pada 2017
Najib: Pelajar IPT Tak Perlu Bayar Daftar Niaga SSM Mulai Pada 2017
KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari ini, penuntut institut pengajian tinggi (IPT) akan dikecualikan daripada sebarang bayaran pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau mengumumkan geran khas bernilai RM10 juta bagi tempoh 10 tahun, disediakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk tujuan tersebut, yang akan menggalakkan golongan muda berkecimpung dalam bidang keusahawanan.
Dalam pada itu, perdana menteri menggalakkan golongan usahawan muda memulakan perniagaan secara dalam talian untuk memastikan mereka mendapat akses dan pasaran lebih luas.
Beliau berkata, untuk menguasai perniagaan dalam talian, para usahawan perlu mempunyai kreativiti di samping produk yang berkualiti dan berbeza dengan produk usahawan lain.
“Usahawan bagi perniagaan ‘online’ haruslah mempunyai ‘branding’ atau penjenamaan istimewa supaya produk mereka mendapat sambutan yang lebih,” katanya semasa sesi bual bicara di Karnival Usahawan Jaringan Dalam Talian (ONE) anjuran SSM di sini, hari ini.
Najib berkata, penggalakkan trend menjalankan perniagaan menggunakan platform digital merupakan antara langkah kerajaan untuk memperkasa perniagaan tempatan, dan ia juga merupakan agenda yang diberi keutamaan.
Satu contoh usaha kerajaan yang dapat dilihat adalah semasa lawatan beliau ke China, bulan lepas, apabila Pengerusi Eksekutif Alibaba, Jack Ma yang juga usahawan internet, dilantik sebagai penasihat ekonomi digital kepada kerajaan.
Sebelum ini dilaporkan, Ma akan membantu Malaysia membangunkan zon e-dagang untuk ekonomi digital pada April 2017 dan bakal merevolusikan ekonomi Malaysia dalam usaha menjadikannya sebagai hab e-dagang di rantau Asean.
Setakat ini, jumlah syarikat perniagaan dalam talian yang mendaftar dengan SSM adalah 42,000.
Sementara itu, menurut kenyataan SSM, dengan pengecualian fi bayaran pendaftaran perniagaan yang diumumkan Najib itu, penuntut institut pengajian tinggi hanya perlu mendaftarkan perniagaan mereka sekali dalam tempoh setahun, sama ada di bawah milikan tunggal atau perniagaan kongsi, yang boleh dibuat di kaunter SSM atau secara dalam talian.
Sebelum ini, tanpa geran berkenaan, golongan penuntut wajib membayar fi pendaftaran sebanyak RM30 setahun bagi perniagaan milikan tunggal yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan, atau RM60 setahun bagi perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian yang menggunakan nama perniagaan.
Karnival ONE di sini selama 3 hari berakhir hari ini dipenuhi pelbagai acara susulan sambutan mengalakkan daripada para usahawan.
Objektif utama penganjuran karnival itu adalah untuk membantu golongan usahawan terutamanya yang berniaga secara dalam talian mengembangkan perniagaan mereka.
Karnival ONE kali ini merupakan rentetan daripada penganjuran sulungnya pada Jun 2015 dan selepas siri jelajah karnival itu antaranya di Pasir Gudang, Johor; Kuching, Sarawak; Shah Alam, Selangor dan Kota Kinabalu, Sabah. #sumber
Najib: Pelajar IPT Tak Perlu Bayar Daftar Niaga SSM Mulai Pada 2017
Sekianlah artikel Najib: Pelajar IPT Tak Perlu Bayar Daftar Niaga SSM Mulai Pada 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Najib: Pelajar IPT Tak Perlu Bayar Daftar Niaga SSM Mulai Pada 2017 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/najib-pelajar-ipt-tak-perlu-bayar.html
0 Response to "Najib: Pelajar IPT Tak Perlu Bayar Daftar Niaga SSM Mulai Pada 2017"
Posting Komentar