Mukhriz Kena Sindrom ‘Gila Talaq’

Mukhriz Kena Sindrom ‘Gila Talaq’ - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mukhriz Kena Sindrom ‘Gila Talaq’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mukhriz Kena Sindrom ‘Gila Talaq’
link : Mukhriz Kena Sindrom ‘Gila Talaq’

Baca juga


Mukhriz Kena Sindrom ‘Gila Talaq’

Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kini menjawat kerusi timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilanda sindrom gila talak apabila berterusan mengambil peduli isu dalaman parti Melayu itu.

Ujar Shaiful Hazizy, Mukhriz juga bermain sentimen dan cuba mewujudkan kekeliruan persepsi dengan dakwaan isu Khairy Jamaluddin pernah menghantar surat perletakan jawatan dan dipujuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Jika pun benar ada asas penyerahan surat letak jawatan oleh ketua pemuda Umno itu, ia terpulang kepada hak pereogatif Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerima ataupun menolak perletakan jawatan itu.

“Ia cubaan terbaharu Mukhriz menghuru-harakan parti selepas pelbagai kaedah yang digunakan sebelum ini menemui kegagalan.

“Mukhriz bukanlah seorang yang berani dan berprinsip kerana menyatakan perkara itu di luar konteks masa dan tempat yang sepatutnya,” kata beliau, memetik laporan Astro Awani.

Terdahulu, Mukhriz mendakwa Khairy pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan kepada Perdana Menteri, Najib.

Sebelum itu, Khairy mendakwa dirinya tidak pernah meminta apa-apa untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah menjadi pemakan dedak.

“Saya menang dan menjadi ketua pemuda Umno tetapi saya telah dimasukkan ke dalam simpanan.

“Tetapi Boboi yang tewas telah dilantik sebagai Timbalan Menteri tetapi saya tidak kecewa, saya istiqamah (tabah) dengan presiden,” kata Khairy dalam mengakhiri ucapan pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di PWTC.

Kata Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau, beliau dituduh sebagai ‘jahat’ berbanding dengan ‘muka sedih’ dari Boboi.

‘Boboi’ dipercayai merujuk kepada bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mengulas lanjut, Shaiful Hazizy berkata, seandainya ia benar (dakwaan Mukhriz), perkara itu wajar disebut Mukhriz semasa masih memegang jawatan Menteri Besar Kedah dan di dalam Umno.

“Atas landasan mempertahankan kebenaran, Mukhriz seharusnya membuat pendedahan ini lebih awal dan bukannya sekarang,” jelasnya.


Mukhriz Kena Sindrom ‘Gila Talaq’

Sekianlah artikel Mukhriz Kena Sindrom ‘Gila Talaq’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mukhriz Kena Sindrom ‘Gila Talaq’ linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/mukhriz-kena-sindrom-gila-talaq.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mukhriz Kena Sindrom ‘Gila Talaq’"

Posting Komentar