Menjelang PRU-14, YB ADUN Nilai Dakwa BN Daftar Pengundi Hantu !

Menjelang PRU-14, YB ADUN Nilai Dakwa BN Daftar Pengundi Hantu ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menjelang PRU-14, YB ADUN Nilai Dakwa BN Daftar Pengundi Hantu !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menjelang PRU-14, YB ADUN Nilai Dakwa BN Daftar Pengundi Hantu !
link : Menjelang PRU-14, YB ADUN Nilai Dakwa BN Daftar Pengundi Hantu !

Baca juga


Menjelang PRU-14, YB ADUN Nilai Dakwa BN Daftar Pengundi Hantu !


SEREMBAN: Menjelang ura-ura Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 awal tahun hadapan, timbul dakwaan pendaftaran ‘pengundi hantu’ yang dipercayai didalangi pihak kerajaan pemerintah, Barisan Nasional (BN).
Membangkitkan perkara itu dalam kemas kini laman sosial Facebook, ADUN Nilai, J. Arul Kumar mendapati terdapat hampir 50 pengundi yang diragui itu dikesan berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menggunakan alamat premis atau rumah yang sudah tidak lagi diduduki.
Malah, katanya, ada juga antara mereka menggunakan alamat kedai dan pejabat di beberapa lokasi di Mantin dan Nilai untuk mendaftar sebagai pemilih dengan agensi pilihan raya terbabit.
Lebih mencurigakan, katanya lagi, lapan daripada 11 premis atau rumah berkenaan dipercayai mempunyai hubung kait dengan pemimpin parti komponen BN, MCA.
“Mengikut SPR pendaftaran pengundi di alamat yang tidak diduduki atau bermastautin oleh pengundi tersebut adalah salah dan kedai pejabat serta penggunaan alamat pusat perkhidmatan untuk pendaftaran pengundi juga salah.
“Justeru diharap SPR dan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas pihak yang melakukan perkara ini,” katanya.
Tindakan “mengimport masuk orang luar” untuk mengundi di kawasan itu, menurut Setiausaha Organisasi DAP Negeri Sembilan itu, adalah satu penghinaan kepada pengundi tempatan yang bermastautin atau tinggal di kawasan tersebut.
“Selain itu, pendaftaran pengundi di sesuatu kawasan daripada orang luar juga akan mempengaruhi keputusan pilihan raya dengan tidak memberikan peluang kepada pengundi tempatan untuk memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat
“Sebagai rakyat Malaysia kita harus menolak taktik kotar ini dan perlu memastikan pilihan raya di negara ini berlangsung dengan adil dan bersih,” katanya. #sumber


Menjelang PRU-14, YB ADUN Nilai Dakwa BN Daftar Pengundi Hantu !

Sekianlah artikel Menjelang PRU-14, YB ADUN Nilai Dakwa BN Daftar Pengundi Hantu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Menjelang PRU-14, YB ADUN Nilai Dakwa BN Daftar Pengundi Hantu ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/menjelang-pru-14-yb-adun-nilai-dakwa-bn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Menjelang PRU-14, YB ADUN Nilai Dakwa BN Daftar Pengundi Hantu !"

Posting Komentar