Judul : Mahkamah Tinggi Kota Bharu beri hak Orang Asli buat tuntutan tanah adat
link : Mahkamah Tinggi Kota Bharu beri hak Orang Asli buat tuntutan tanah adat
Mahkamah Tinggi Kota Bharu beri hak Orang Asli buat tuntutan tanah adat
ZIKRI ABDULLAHMahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini membenarkan tuntutan yang dibuat oleh sekumpulan Orang Asli bagi membolehkan mereka menuntut hak ke atas kawasan kediaman dan kawasan rayau (tanah adat).
Hakim Datuk Ahmad bin Bache membuat keputusan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang bersidang pagi tadi.
Empat plaintif Orang Asli terdiri dari Kamal a/l Alek, Mazlan bin Alwi, Zamri a/l Talib dan Aja bin Along dari Pos Dakoh atau Pos Balar mendapat kebenaran itu di perbicaraan dalam kamar pada jam 11 pagi tadi.
Zamri yang ditemui selepas perbicaraan itu berkata beliau bersyukur kerana setelah begitu lama berjuang bagi mendapat hak untuk Orang Asli, hari ini satu keputusan yang ditunggu-tunggu akhirnya menjadi kenyataan.
"Selama ini Orang Asli seolah-olah tidak ada sebarang hak ke atas tempat kami tinggal dan kawasan kami mencari rezeki.
"Sesiapapun yang masuk ke hutan atau membuat sebarang aktiviti di sekitar kami tidak langsung menghiraukan kehidupan kami," katanya.
Sama ada pihak kerajaan atau bukan kerajaan katanya langsung tidak bertanya khabar apa lagi berunding dengan penduduk Orang Asli apabila mereka membuat aktiviti di hutan.
"Apa yang amat perit kepada kami Orang Asli apabila hutan berhampiran kami tinggal dijalankan aktiviti pembalakan dan pertanian secara besar-besaran.
"Sehingga ada berlaku tempat kubur datuk nenek kami turut diceroboh dan tempat kami bercucuk tanam turut digondol," katanya.
Menurutnya penerokaan hutan lebih teruk apabila mengganggu alam sekitar.
"Sungai sekarang tidak lagi bersih seperti dulu.
"Bila hujan lebat air bertukar menjadi keruh dan kami menghadapi masalah untuk mendapat sumber air bersih," katanya.
Paling perit katanya, apabila berlaku banjir besar tahun 2014 di mana kampung-kampung orang asli turut dinaiki air.
"Sisa-sisa kayu balak merempuh rumah kami dan ranting-ranting kayu merosakkan peralatan-peralatan kami," katanya.
Mahkamah Tinggi Kota Bharu beri hak Orang Asli buat tuntutan tanah adat
Sekianlah artikel Mahkamah Tinggi Kota Bharu beri hak Orang Asli buat tuntutan tanah adat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Mahkamah Tinggi Kota Bharu beri hak Orang Asli buat tuntutan tanah adat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/mahkamah-tinggi-kota-bharu-beri-hak.html
0 Response to "Mahkamah Tinggi Kota Bharu beri hak Orang Asli buat tuntutan tanah adat"
Posting Komentar