Judul : Mahkamah Persekutuan Tolak Cubaan Terakhir Anwar Untuk Bebas
link : Mahkamah Persekutuan Tolak Cubaan Terakhir Anwar Untuk Bebas
Mahkamah Persekutuan Tolak Cubaan Terakhir Anwar Untuk Bebas
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam cubaan terakhirnya untuk menggunakan saluran mahkamah untuk membersihkan dirinya daripada sabitan tuduhan liwat selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan kesnya.
Panel 5 hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata tidak ada merit untuk menyemak permohonan itu.
“Ini bukan kes yang sempurna dan layak untuk mahkamah menggunakan bidang kuasanya,” katanya.
Hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Satu-satunya pilihan yang tinggal untuk Anwar pada masa ini ialah memfailkan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.
Pada 2014, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful pada 2008, yang turut dikenali sebagai perbicaraan Liwat II.
Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari tahun lalu mengekalkan hukuman itu, 11 tahun selepas Anwar dibebaskan daripada hukuman penjara 6 tahun kerana disabitkan pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan liwat.
Anwar, 69, setakat ini menjalani hukuman penjara selama setahun 10 bulan di Penjara Sungai Buloh.
Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Anwar pada mulanya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengembalikan keputusan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya pada 7 Mac 2014.
Pada 10 Februari tahun lalu, panel 5 hakim di Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengekalkan sabitan itu, berkata mahkamah mendapati Saiful ialah saksi yang boleh dipercayai.
Pada 12 Oktober tahun ini, Anwar ke Mahkamah Persekutuan sekali lagi dalam cubaan terakhirnya menggunakan mahkamah untuk membebaskan dirinya daripada sabitan liwat itu.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak pendakwa dan pembela, panel 5 hakim menangguhkan keputusan permohonan semakan kes itu pada hari ini.
Pada 5 Disember, Anwar gagal untuk memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Saiful Bukhari selepas Mahkamah Rayuan Syariah menolak rayuan dan semakan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak permohonannya bagi memulakan prosiding qazaf. #sumber
Mahkamah Persekutuan Tolak Cubaan Terakhir Anwar Untuk Bebas
Sekianlah artikel Mahkamah Persekutuan Tolak Cubaan Terakhir Anwar Untuk Bebas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Mahkamah Persekutuan Tolak Cubaan Terakhir Anwar Untuk Bebas linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/mahkamah-persekutuan-tolak-cubaan.html
0 Response to "Mahkamah Persekutuan Tolak Cubaan Terakhir Anwar Untuk Bebas"
Posting Komentar