Judul : MAHFUZ ENGGAN LAGI WALA’ PADA PRESIDEN PAS?
link : MAHFUZ ENGGAN LAGI WALA’ PADA PRESIDEN PAS?
MAHFUZ ENGGAN LAGI WALA’ PADA PRESIDEN PAS?
Seperti yang kita maklum, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sememangnya ‘orang lama’ di dalam PAS yang sebelum ini terkenal dengan sikap wala’ terhadap pucuk pimpinan parti, khususnya Presiden PAS.Namun sejak lahirnya PAN, nada Mahfuz dilihat kian berubah. Dari seorang yang dikatakan wala’ pada Presiden PAS, dia dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan arus dengan pucuk pimpinan parti, termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Terbaru, Mahfuz bercakap soal wala’ kepada pemimpin di mana dia menyifatkan prinsip kesetiaan membuta tuli kepada pucuk pimpinan parti itu sebagai sesuatu yang akan menghancurkan masa depan negara.
Biarpun bercakap mengenai ‘seorang pemimpin’ yang dikatakan menghadapi krisis wala’, dia tidak menamakan siapa gerangan pemimpin tersebut. Namun begitu, dia ada membandingkan kenyataannya dengan kesetiaan kepada ulama.
Penulis tidak tahu kepada siapa sebenarnya Mahfuz ajukan kenyataannya itu. Dia tujukan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, atau Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak? Atau kepada Presiden PAN, Mat Sabu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Hendak dikatakan dia mengajukan kenyataan terhadap Presiden parti lain, penulis rasa ia tidak relevan ekoran Mahfuz masih merupakan ahli PAS dan wakil rakyat PAS di parlimen Pokok Sena. Jadi, relevannya kenyataan tersebut diajukan kepada PAS barangkali.
Jadi, setelah bertahun-tahun Mahfuz wala’ kepada Presiden PAS, mengapa kali ini dia memilih untuk tidak lagi wala’ pada Presiden partinya? Sedangkan, Abdul Hadi bukan calang-calang ulama, malah beliau merupakan Naib Pengerusi Persatuan Ulama Dunia.
Di dalam konsep parti dan berjemaah, seorang ahli itu perlu patuh atau wala’ pada keputusan Ketua parti yang merujuk kepada Presiden. Sekiranya tidak yakin atau sangat tidak bersetuju dengan Presiden, maka ahli itu boleh membuat keputusan keluar parti atau diamkan diri dari terus ‘menyalak’ menjejaskan imej jemaah di mata masyarakat.
Analoginya mudah. Makmum perlu ikut dan patuh pada Imam. Jika tidak patuh dan menentang perlakuan Imam akan menyebabkan solatnya tidak sah. Makmum itu boleh berniat mufaraqah dari solat berjemaah itu dan solat sendirian jika mahu.
Makmum itu tidak boleh keluar dari saf dan tampar Imam jika tidak setuju dengan gerakan Imam. Tindakan seperti itu bukan saja dikatakan berdosa, malah ada yang pernah dihukum mahkamah dari sudut perundangan di negara kita, bukan?
Jadi samalah dengan konsep Mahfuz. Jika teringin sangat ikut jejak langkah Datuk Husam Musa, dia boleh hentam pucuk pimpinan PAS secara terang-terangan supaya tindakan disiplin oleh diambil terhadapnya. Standard parti di negara ini semua sama, siapa langgar disiplin parti boleh dipecat, bukan?
Jika dipecat dari PAS, Mahfuz tidak perlu risau lagi tentang soal bai’ah pada PRU ke-13 yang lalu. Difahamkan bai’ah tersebut hanya berkuatkuasa kepada mereka yang keluar parti dan bukan kepada mereka yang dipecat dari parti, bukan?
Lagi pun, khabarnya akar umbi PAS pun sudah lama mengalu-alukan supaya Mahfuz keluar dari parti, benarkah? Jika benar, apa lagi yang Mahfuz tunggu? Mahu terus dilihat sebagai liabiliti dalam parti?
Himpunan pecah belah ummah dia sertai, himpunan satukan ummah dia tidak hadir? Islam ajar begitukah? Presiden PAS sendiri mampu tunjuk kematangan demi umat Islam, tapi Mahfuz yang sudah veteran dalam PAS masih tidak matang-matang lagikah?
MAHFUZ ENGGAN LAGI WALA’ PADA PRESIDEN PAS?
Sekianlah artikel MAHFUZ ENGGAN LAGI WALA’ PADA PRESIDEN PAS? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca MAHFUZ ENGGAN LAGI WALA’ PADA PRESIDEN PAS? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/mahfuz-enggan-lagi-wala-pada-presiden.html
0 Response to "MAHFUZ ENGGAN LAGI WALA’ PADA PRESIDEN PAS?"
Posting Komentar