Judul : Mahathir tiada lagi nasionalisme Melayu dalam perjuangan
link : Mahathir tiada lagi nasionalisme Melayu dalam perjuangan
Mahathir tiada lagi nasionalisme Melayu dalam perjuangan
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah tiada lagi perimbangan petua dalam perjuangan politiknya yang kelihatan mengikut selera semasa.Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak pedulikan orang Melayu dan keutamaan bangsa apabila bersekongkol dengan DAP.
“Semua beliau nak cakap, sudah diluahkannya. Kini menjadi peranan Pergerakan Pemuda UMNO untuk menarik generasi Y dalam senarai penuh daftar pemilih.
“Saya percaya Khairy (Jamaluddin) yang mengetuai jentera Pemuda tidak ambil ringan perkembangan isu semasa sekarang terutama yang berkait dari ekonomi dapur (kos sara hidup),” kata beliau.
Rais yang pernah berkhidmat dan bekerja di bawah lima Perdana Menteri ditanya apa perasaannya apabila melihat Dr. Mahathir mengangkat tangan bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dalam persidangan DAP di Shah Alam kelmarin.
Menurut Rais, pendirian ‘politik terbalik’ Dr. Mahathir bersekongkol dengan DAP turut mengejutkan sebahagian besar ahli pertengahan parti itu.
Beliau menarik perhatian sentimen yang diluahkan pensyarah undang-undang di Pulau Pinang, Shamsher Singh Thind dan anak perempuan mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo yang mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir tiba-tiba mahu bersama DAP.
“Dr. Mahathir jelas jauh tergelincir perjuangan Melayunya sebab dalam perjuangan DAP, orang Melayu tidak ada sifir.
“Beliau tidak lagi memiliki nasionalisme Melayu dalam perjuangan,” katanya.
Mahathir tiada lagi nasionalisme Melayu dalam perjuangan
Sekianlah artikel Mahathir tiada lagi nasionalisme Melayu dalam perjuangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Mahathir tiada lagi nasionalisme Melayu dalam perjuangan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/mahathir-tiada-lagi-nasionalisme-melayu.html
0 Response to "Mahathir tiada lagi nasionalisme Melayu dalam perjuangan"
Posting Komentar