Mahathir, Mukhriz dicabar bertanding di Kubang Pasu

Mahathir, Mukhriz dicabar bertanding di Kubang Pasu - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir, Mukhriz dicabar bertanding di Kubang Pasu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir, Mukhriz dicabar bertanding di Kubang Pasu
link : Mahathir, Mukhriz dicabar bertanding di Kubang Pasu

Baca juga


Mahathir, Mukhriz dicabar bertanding di Kubang Pasu

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk bertanding di Parlimen Kubang Pasu, sekiranya benar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat sokongan termasuk daripada ahli-ahli Umno.

Perwakilan Pemuda Umno Kedah, Datuk Hasmuni Hassan juga menyuarakan cabaran yang sama juga terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas pemimpin berkenaan mengkhianati perjuangan Umno.

"Kita tak akan biarkan, kita cabar agar mereka (Mahathir atau Mukhriz) bertanding di Kubang Pasu dimana orang-orang disana sentiasa setia kepada dia (Dr Mahathir).

"Ahli Umno selama ini mengorbankan kudrat mereka kepada parti, hari ini menitiskan air mata di atas pengkhianatan ke atas parti sang saka bangsa. Kita tidak akan benarkan," tegasnya di hadapan perwakilan ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno di PWTC, petang tadi.

PPBM sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berbaki kurang dari setahun.

Mensasarkan banyak kerusi yang menjadi tradisi Umno-Barisan Nasional (BN) untuk ditandingi kelak, PPBM bagaimanapun 'tersepit' dalam kemelut pembahagian kerusi sesama pembangkang.

Dalam pada itu Hasmuni yang juga Ketua Pemuda Bahagian Kubang Pasu menepis skeptikal bahawa Umno itu eksklusif kepada pemimpin tertentu sahaja.

Sedangkan ia adalah milik seluruh ahli-ahli parti dan akan terus mendokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai ketua sayap itu.

"Parti ini bukan milik Najib mahupun Khairy. Ia milik penoreh, petani, getah, pemandu teksi dan kita semua di belakang Presiden dan Pemuda demi memastikan yang ianya akan terus diperjuangkan," tegasnya.


Mahathir, Mukhriz dicabar bertanding di Kubang Pasu

Sekianlah artikel Mahathir, Mukhriz dicabar bertanding di Kubang Pasu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mahathir, Mukhriz dicabar bertanding di Kubang Pasu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/mahathir-mukhriz-dicabar-bertanding-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahathir, Mukhriz dicabar bertanding di Kubang Pasu"

Posting Komentar