Judul : Madek Sudah Semakin Tertekan Dan Terdesak Lah Tu!!!! Madey Niat Jahat, Dakwa 1.5 Juta Warga Asing Di JB - Khaled Nordin
link : Madek Sudah Semakin Tertekan Dan Terdesak Lah Tu!!!! Madey Niat Jahat, Dakwa 1.5 Juta Warga Asing Di JB - Khaled Nordin
Madek Sudah Semakin Tertekan Dan Terdesak Lah Tu!!!! Madey Niat Jahat, Dakwa 1.5 Juta Warga Asing Di JB - Khaled Nordin
PETALING JAYA: Dakwaan terbaharu bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Johor Bahru dihuni 1.5 juta warga asing adalah kenyataan yang bercanggah, tidak berasas dan berniat jahat, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata, jumlah penduduk Johor Bahru sendiri hanya kira-kira sejuta, oleh itu tidak mungkin dapat diterima akal bandar ini dihuni 1.5 juta warga asing.
“Jika mengikut perkiraan Tun itu, ia bermakna setiap satu daripada 60 projek hartanah tersebut harus memuatkan sekurang-kurangnya 25,000 penghuni.
“Jumlah tersebut amat tidak masuk akal. Ini kerana, setiap projek hartanah yang ada lazimnya memuatkan hanya setakat 2,000 hingga 2,500 penghuni sahaja,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Dr Mahathir menerusi blog chedet.cc pada Selasa bahawa terdapat 60 projek pembangunan hartanah di Johor Bahru yang akan diduduki 1.5 juta warga asing.
Malah Dr Mahathir yang memetik laporan Bloomberg mendakwa 1.5 juta warga asing itu akan diberikan kerakyatan sekaligus membolehkan mereka menjadi pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Mohamed Khaled berkata, proses memohon dan mendapatkan status warganegara Malaysia oleh warga asing adalah proses yang sukar, ketat dan memerlukan pertimbangan teliti kerajaan dalam pelbagai aspek.
Malah katanya, ratusan ribu lagi mereka yang telah dilahirkan di Malaysia dan tinggal di negara ini begitu lama tetapi masih belum diberikan kerakyatan.
“Kita juga tidak mempunyai dasar yang membolehkan sesiapa yang memiliki hartanah di dalam negara, untuk layak memohon kerakyatan Malaysia.
“Yang jelas, pemilikan hartanah di Malaysia tidak memberi sebarang keistimewaan dalam proses memohon status kewarganegaraan,” ujar Mohamed Khaled.
Sehubungan itu, tegas Mohamed Khaled, Dr Mahathir seharusnya lebih objektif dengan hakikat bahawa membuka peluang untuk pemilikan hartanah oleh warga asing di negara ini adalah berbeza dengan memberi kerakyatan Malaysia kepada mereka.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Malaysia turut memperkenalkan program Malaysia MySecond Home yang menggalakkan kedatangan warga asing untuk bercuti, bekerja atau menetap di negara ini.
Menegaskan bahawa dasar itu diperkenalkan sejak era pentadbiran Dr Mahathir, kata Mohamed Khaled, ia bertujuan untuk menjadikan Malaysia lebih kosmopolitan dengan menawarkan kualiti hidup yang setanding dengan negara maju.
Bagaimanapun katanya, dasar yang turut menganjurkan pemilikan hartanah oleh warga asing dengan menetapkan kadar dan syarat-syarat ketat tertentu.
“Apa yang berlaku di Johor adalah sebahagian dari realisasi dasar tersebut. Kita mahu menjadikan Johor Bahru destinasi kediaman dengan citra moden bagi masyarakat global, bukan destinasi untuk mendapat kewarganegaraan ataupun kelayakan untuk mengundi,” tegasnya.
Mengenai dakwaan Dr Mahathir sebelum ini berkaitan 700,000 warga asing di Johor yang kononnya akan diberi kad pengenalan untuk menjadi pengundi, Mohamed Khaled berkata, perkara itu boleh diusulkan sekiranya terdapat bukti sahih daripada sumber yang jelas.
Ini kerana katanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan Dr Mahathir masih bergelar Ahli Parlimen dan boleh membawa usul tergempar mengenai perkara itu di Parlimen.
Madek Sudah Semakin Tertekan Dan Terdesak Lah Tu!!!! Madey Niat Jahat, Dakwa 1.5 Juta Warga Asing Di JB - Khaled Nordin
Sekianlah artikel Madek Sudah Semakin Tertekan Dan Terdesak Lah Tu!!!! Madey Niat Jahat, Dakwa 1.5 Juta Warga Asing Di JB - Khaled Nordin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Madek Sudah Semakin Tertekan Dan Terdesak Lah Tu!!!! Madey Niat Jahat, Dakwa 1.5 Juta Warga Asing Di JB - Khaled Nordin linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/madek-sudah-semakin-tertekan-dan.html
0 Response to "Madek Sudah Semakin Tertekan Dan Terdesak Lah Tu!!!! Madey Niat Jahat, Dakwa 1.5 Juta Warga Asing Di JB - Khaled Nordin"
Posting Komentar