Judul : Kerusi Fuziah Panas, Dua UPU PAS Isytihar Tolak Bahan Kempen PKR !
link : Kerusi Fuziah Panas, Dua UPU PAS Isytihar Tolak Bahan Kempen PKR !
Kerusi Fuziah Panas, Dua UPU PAS Isytihar Tolak Bahan Kempen PKR !
Kerusi Parlimen Kuantan, yang dimenangi Fuziah sejak dua pilihanraya lalu kemungkinan besar tumbang pada PRU-14 ini. Petanda ke arah itu semakin jelas apabila satu demi satu pemimpin PAS kawasan menyatakan "hilang kepercayaan" terhadap beliau.
Pada Piihanraya Umu Ke-13 lalu, Fuziah menewaskan calon BN, Muhamed Suffian Awang dengan majoriti 4,515. Beliau mendapat 25,834 undi, manakala Suffian hanya mendapat 21,319 undi sahaja.
Sebelum ini kelibat Fuziah dipertikaikan ketika mengiringi calon Amanah di Pilihanraya Kecil Sungai Besar. Tindakan beliau itu telah dikritik hebat oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS kawasan Kuantan.
Tindakan terbaru Fuziah yang terus mengkritik PAS kini mengundah padah, apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim dalam posting terbaru di facebook beliau dengan jelas mengisytiharkan UPU PAS Kuala Penor tidak akan melayan segala bentuk bahan kempen dari Keadilan Kuantan sehingga ada arahan daripada pimpinan PAS Kawasan.
Dengan senario terbaru ini, dakwa sesetengah pihak bahawa kerusi Parlimen Kuantan akan tumbang pada PRU-14 akan datang kemungkinan besar menjadi kenyataan. Ia ditambah lagi dengan episod "perang siber" antara pimpinan, ahli dan penyokong PAS dan PKR sendiri mutakhir ini.
Jika situasi ini berlaku, maka peluang untuk BN terutamanya UMNO merampas kembali kerusi tersebut nampak semakin cerah. Gerakan akar umbi perli diterjemahkan ke peti undi bagi memastikan nasib Fuziah dan PKR itu sendiri berkubur di Kuantan. Itulah yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Isu Lynas dan Bauksit yang mengangkat nama Fuziah Salleh dulu seakan-akan sudah tidak menjadi lagi pada masa ini. #PDONEWS
Kerusi Fuziah Panas, Dua UPU PAS Isytihar Tolak Bahan Kempen PKR !
Sekianlah artikel Kerusi Fuziah Panas, Dua UPU PAS Isytihar Tolak Bahan Kempen PKR ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kerusi Fuziah Panas, Dua UPU PAS Isytihar Tolak Bahan Kempen PKR ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/kerusi-fuziah-panas-dua-upu-pas.html
0 Response to "Kerusi Fuziah Panas, Dua UPU PAS Isytihar Tolak Bahan Kempen PKR !"
Posting Komentar