Judul : Kerajaan Akan Ambil Alih RUU 355 Jika Ia Di Luluskan Oleh Parlimen
link : Kerajaan Akan Ambil Alih RUU 355 Jika Ia Di Luluskan Oleh Parlimen
Kerajaan Akan Ambil Alih RUU 355 Jika Ia Di Luluskan Oleh Parlimen
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil alih pembentangan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 jika usul itu diluluskan di Parlimen, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang perlu selesai membentangkan usul tersebut sebelum ia akan dibahaskan dan undian dilakukan.
"Kerajaan kemudian akan mengambil alihnya, akan ada penyata dan menteri yang bertanggungjawab akan membacanya sebagai Rang Undang-Undang Kerajaan (di Parlimen)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) di sini, Khamis.
Terdahulu, dalam ucapan dasar presiden, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pindaan terhadap Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 akan diambil alih pihak kerajaan.
Sehubungan itu, beliau berharap cadangan yang dibawa Abdul Hadi itu tidak dipolitikkan kerana ia adalah usul persendirian yang akan dikaji pihak kerajaan. #sumber
Kerajaan Akan Ambil Alih RUU 355 Jika Ia Di Luluskan Oleh Parlimen
Sekianlah artikel Kerajaan Akan Ambil Alih RUU 355 Jika Ia Di Luluskan Oleh Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kerajaan Akan Ambil Alih RUU 355 Jika Ia Di Luluskan Oleh Parlimen linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/kerajaan-akan-ambil-alih-ruu-355-jika.html
0 Response to "Kerajaan Akan Ambil Alih RUU 355 Jika Ia Di Luluskan Oleh Parlimen"
Posting Komentar