Keluarga Dan Parti Pembangkang Terus Berjuang Bebaskan Anwar

Keluarga Dan Parti Pembangkang Terus Berjuang Bebaskan Anwar - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keluarga Dan Parti Pembangkang Terus Berjuang Bebaskan Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluarga Dan Parti Pembangkang Terus Berjuang Bebaskan Anwar
link : Keluarga Dan Parti Pembangkang Terus Berjuang Bebaskan Anwar

Baca juga


Keluarga Dan Parti Pembangkang Terus Berjuang Bebaskan Anwar

PUTRAJAYA: Selepas gagal dalam cubaan terakhir menerusi mahkamah hari ini, keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti pembangkang akan mencuba nasib dengan memfailkan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berkata, tiada penolakan terhadap permohonan pengampunan kedua yang difailkan atas dasar tiada keadilan.
“Kita juga sudah menyiapkan permohonan pengampunan di atas alasan pengetepian prinsip keadilan dalam penghakiman kes Anwar,” katanya di luar Mahkamah Persekutuan hari ini.
Anak sulung Anwar itu berkata, tidak kira apa keputusan mahkamah hari ini, keluarga bersama penyokong dan parti pembangkang yakin bapanya tidak bersalah.
“Tidak seperti perasuah dan perompak sedia ada, maka kami berdiri dengan penuh bangga insya-Allah untuk menuntut keadilan dan perjuangan akan diteruskan,” katanya yang yakin Anwar akan mendapat keadilan pada akhirnya.
Anwar gagal dalam cubaan terakhirnya menggunakan saluran mahkamah untuk membersihkan dirinya daripada sabitan liwat selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semulanya hari ini.
Panel 5 hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dalam penghakimannya menyatakan permohonan Anwar untuk semakan semula tidak mempunyai merit dan bukan kes yang layak untuk disemak semula oleh mahkamah.
Anwar, 69, memfailkan permohonan semakan semula supaya Mahkamah Persekutuan menggunakan Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 dan menyemak semula keputusan panel 5 anggota sebelum ini yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Sementara itu, peguam Anwar, N Surendran berkata, keluarga mahupun Anwar tidak menerima keputusan Mahkamah Persekutuan itu dan beliau akan bersama peguam lain akan mengkaji penghakiman itu sebelum mengambil tindakan lanjut.
“Kami akan mendapatkan satu salinan penghakiman itu dan mengkajinya dan kami akan umumkan tindakan seterusnya secepat mungkin.”. #sumber


Keluarga Dan Parti Pembangkang Terus Berjuang Bebaskan Anwar

Sekianlah artikel Keluarga Dan Parti Pembangkang Terus Berjuang Bebaskan Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Keluarga Dan Parti Pembangkang Terus Berjuang Bebaskan Anwar linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/keluarga-dan-parti-pembangkang-terus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Keluarga Dan Parti Pembangkang Terus Berjuang Bebaskan Anwar"

Posting Komentar