Jaga DNA parti masing-masing, nasihat Zahid kepada komponen BN [TONTON VIDEO]

Jaga DNA parti masing-masing, nasihat Zahid kepada komponen BN [TONTON VIDEO] - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jaga DNA parti masing-masing, nasihat Zahid kepada komponen BN [TONTON VIDEO], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jaga DNA parti masing-masing, nasihat Zahid kepada komponen BN [TONTON VIDEO]
link : Jaga DNA parti masing-masing, nasihat Zahid kepada komponen BN [TONTON VIDEO]

Baca juga


Jaga DNA parti masing-masing, nasihat Zahid kepada komponen BN [TONTON VIDEO]

Oleh Shuhaniza Said & Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
Post Pic
KUALA LUMPUR: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dinasihatkan untuk menjaga DNA parti masing-masing agar sokongan pengundi khususnya bukan Melayu akan kembali kepada mereka, tegas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad zahid Hamidi. 
Ujarnya, parti-parti komponen tidak wajar 'bergantung' sepenuhnya kepada BN untuk mendapatkan kembali kepercayaan pengundi. 
Zahid berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong bahawa kegagalan meraih undi pengundi bukan Melayu adalah 'masalah BN' dan bukan masalah parti komponen semata-mata.  
"Iya, Kita mempunyai ahli parti masing-masing dan kita harus jaga DNA kita mengikut keahlian parti masing-masing. 
"Saya bersetuju pandangan itu (Liow) tetapi kita harus menggamit semula DNA parti masing-masing untuk bersama mendokong calon BN," katanya dalam sidang media di Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016) hari ini.
Liow semalam dilaporkan berkata, parti-parti komponen BN tidak harus dipersalahkan kerana trend pengundian masyarakat Cina. 
Ujarnya, semua parti-parti komponen bertanding sebagai calon BN dalam pilihan raya dan keputusan yang terhasil adalah daripada usaha bersama semua pihak.
Dalam pada itu tambah Zahid, sekarang bukan masa yang sesuai untuk menuding jari mencari kesalahan mana-mana pihak.
Sebaliknya kata beliau, adalah menjadi tanggungjawab bersama kepada setiap parti komponen BN memberikan sokongan kepada mana-mana calon yang diangkat mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang. 
"Jadi ini harus difahami atas rasa kebersamaan antara parti-parti komponen BN. Kita tidak perlu menuding jari tetapi saya fikir kita mesti mengambil beberapa langkah positif untuk berada di dalam satu pemikiran bahawa siapa sahaja dicalonkan mewakili BN semua jentera parti harus bekerjasama dengan kuat untuk memperkasakan semua calon kita untuk kemenangan," katanya.


Jaga DNA parti masing-masing, nasihat Zahid kepada komponen BN [TONTON VIDEO]

Sekianlah artikel Jaga DNA parti masing-masing, nasihat Zahid kepada komponen BN [TONTON VIDEO] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Jaga DNA parti masing-masing, nasihat Zahid kepada komponen BN [TONTON VIDEO] linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/jaga-dna-parti-masing-masing-nasihat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jaga DNA parti masing-masing, nasihat Zahid kepada komponen BN [TONTON VIDEO]"

Posting Komentar