Judul : Hina Agong: Mohd Faiz mohon maaf....Buat Salah Minta Maaf Senang Saja
link : Hina Agong: Mohd Faiz mohon maaf....Buat Salah Minta Maaf Senang Saja
Hina Agong: Mohd Faiz mohon maaf....Buat Salah Minta Maaf Senang Saja
KUALA LUMPUR: Seorang pemuda yang 'menghina' Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V menerusi Facebook, akhirnya tampil membuat permohonan maaf selepas tindakannya itu dikritik teruk oleh orang ramai dan netizen.Pemuda itu yang menggunakan nama akaun Mohd Faiz dan dipercayai anggota parti pembangkang, meminta maaf atas keterlanjuran kata dan bahasa, dan menyatakan tidak berniat menyinggung Seri Paduka dan institusi Majlis Raja-raja.
"Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi Raja-Raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan Melayu di Malaysia ini.
"Itulah yang dimaksudkan dengan Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini.
"Institusi Raja bukan sahaja Soleh Spiritual, malah Soleh Sosial (dengan maksud mempunyai peranan dan tanggungjawab sosial). Negara unggul yang kita impikan tentunya negara yang membahagiakan dan sekali gus membanggakan. Atas dasar itu lah, peranan YDPA dan Raja-raja serta institusi Islam lainnya dapat berfungsi dengan baik.
"Sebolehnya saya mahu mengelakkan salah faham yang berpanjangan atas posting saya yang sebelum ni. Dan mahu melihat negara ini bersama semua pemimpin dan rakyat terus hidup makmur," katanya dalam akaun Facebook tersebut.
Terdahulu, Mohd Faiz mempertikaikan tindakan Seri Paduka mengerjakan solat dengan berpakaian biasa tetapi mengabaikan kepentingan rakyat.
Hina Agong: Mohd Faiz mohon maaf....Buat Salah Minta Maaf Senang Saja
Sekianlah artikel Hina Agong: Mohd Faiz mohon maaf....Buat Salah Minta Maaf Senang Saja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Hina Agong: Mohd Faiz mohon maaf....Buat Salah Minta Maaf Senang Saja linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/hina-agong-mohd-faiz-mohon-maafbuat.html
0 Response to "Hina Agong: Mohd Faiz mohon maaf....Buat Salah Minta Maaf Senang Saja"
Posting Komentar