DAP Gesa "UMNO Fahami" Titah Sultan Nazrin Berkaitan Rasuah !

DAP Gesa "UMNO Fahami" Titah Sultan Nazrin Berkaitan Rasuah ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP Gesa "UMNO Fahami" Titah Sultan Nazrin Berkaitan Rasuah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP Gesa "UMNO Fahami" Titah Sultan Nazrin Berkaitan Rasuah !
link : DAP Gesa "UMNO Fahami" Titah Sultan Nazrin Berkaitan Rasuah !

Baca juga


DAP Gesa "UMNO Fahami" Titah Sultan Nazrin Berkaitan Rasuah !


KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dan negeri wajar memandang serius titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berhubung kesan gejala rasuah dan pecah amanah terhadap negara.

Sultan Nazrin pada Ahad lalu bertitah, sejarah menunjukkan bahawa perbuatan pecah amanah, rasuah, tamak harta dan penggunaan kuasa secara rakus adalah faktor yang membawa kepada kejatuhan banyak kerajaan dan tamadun.

Meskipun baginda tidak mengaitkan dengan mana-mana isu rasuah, Malaysia ketika ini dikenali sebagai ‘kleptokrasi global’ oleh pihak antarabangsa ekoran skandal kewangan melibatkan syarikat milik penuh negara, 1MDB.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata, teguran sebegitu bukanlah kali pertama kerana Majlis Raja-Raja pernah menyentuh secara khusus mengenai isu skandal syarikat terbabit sebelum ini.

Katanya, Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 17 Oktober tahun lalu itu mencuri tumpuan apabila baginda sekalian mahu kerajaan menyelesaikan segera siasatan berkaitan skandal 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Namun, katanya, setelah 14 bulan titah Majlis Raja-Raja Melayu itu dikeluarkan, tidak seorang pun yang terlibat dalam skandal 1MDB dibawa ke muka pengadilan.

Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, individu yang mendedahkan skandal membabitkan syarikat idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu pula dikenakan hukuman.

“Justeru, saya gesa agar Kabinet Najib mendengar amaran Sultan Nazrin dengan hentikan penindasan terhadap pemimpin yang anti-rasuah dan mengambil tindakan segera untuk menghentikan krisis kepercayaan berterusan ekoran skandal 1MDB.

“Di Malaysia, pemimpin anti-rasuah seperti ahli Parlimen Pakatan Harapan, Tony Pua dan Rafizi Ramli, pemimpin BERSIH, Ambiga Sreenivasan dan Maria Chin dan aktivis pelajar seperti Anis Syafiqah Md Yusuf pula dikenakan tindakan dan penganiayaan,” kata beliau. #sumber



DAP Gesa "UMNO Fahami" Titah Sultan Nazrin Berkaitan Rasuah !

Sekianlah artikel DAP Gesa "UMNO Fahami" Titah Sultan Nazrin Berkaitan Rasuah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DAP Gesa "UMNO Fahami" Titah Sultan Nazrin Berkaitan Rasuah ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/dap-gesa-umno-fahami-titah-sultan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP Gesa "UMNO Fahami" Titah Sultan Nazrin Berkaitan Rasuah !"

Posting Komentar