Charles Santiago: Malaysia Perlu "Hentikan Retorik" Selesai Isu Sebenar Rohingya

Charles Santiago: Malaysia Perlu "Hentikan Retorik" Selesai Isu Sebenar Rohingya - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Charles Santiago: Malaysia Perlu "Hentikan Retorik" Selesai Isu Sebenar Rohingya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Charles Santiago: Malaysia Perlu "Hentikan Retorik" Selesai Isu Sebenar Rohingya
link : Charles Santiago: Malaysia Perlu "Hentikan Retorik" Selesai Isu Sebenar Rohingya

Baca juga


Charles Santiago: Malaysia Perlu "Hentikan Retorik" Selesai Isu Sebenar Rohingya

PETALING JAYA: Nasib masyarakat komuniti Islam Rohingya perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar daripada agama kerana ia bukan isu agama semata-mata, kata wakil rakyat DAP.
Charles Santiago berkata jika Malaysia serius mahu menangani isu itu, mereka perlu menterjemahkan retorik agama kepada tindakan yang lebih kukuh.
“Ini bukan isu agama semata-mata. Memang betul salah satu alasan mereka menjadi sasaran kerana mereka Muslim, tetapi masalah asasnya ialah mereka tidak ada kerakyatan di tanah sendiri.
“Jika Malaysia serius untuk menangani isu itu, maka kita perlu menghantar mesej pada Myanmar yang mereka perlu memberikan Rohingya kerakyatan.
“Malaysia perlu mendesak diadakan mesyuarat Asean untuk memastikan Myanmar memberikan hak kerakyatan itu,” katanya.
Ahli Parlimen Klang itu berkata demikian ketika mengulas mengenai minat Malaysia yang semakin meningkat terhadap nasib masyarakat Rohingya yang terseksa di Myanmar.
“Malaysia terlalu banyak bercakap, menggunakan solidariti Rohingya untuk Muslim tetapi tidak benar-benar menyelesaikan masalah mereka,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengumumkan himpunan besar-besaran pada 4 Disember akan diadakan dan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bersama pemimpin lain untuk meluahkan kebimbangan terhadap isu Rohingya.
“Kita letakkan ke tepi perbezaan politik, dan sebagai Muslim kita berkumpul menunjukkan rasa bimbang terhadap saudara Islam kita di Myanmar,” kata Zahid.
Charles berkata langkah pertama yang perlu diambil ialah mendaftarkan masyarakat pelarian Rohingya di Malaysia, dan menandatangani Konvensyen Pelarian 1951.
“Ada ramai Rohingya di Malaysia sekarang. Perkara pertama perlu kita buat ialah mendaftar semua yang ada di sini, di mana kita belum melakukannya lagi.
“Jika Malaysia serius dengan isu status pelarian di Malaysia, kerajaan perlu menandatangani Konvensyen Pelarian 1951,” katanya.
Charles berkata pelarian Rohingya di Malaysia pada masa ini tidak dapat pekerjaan atau pendidikan, dan tidak mampu mendapatkan penjagaan kesihatan.
“Kerajaan tahu semua ini dan hanya bising mengenainya tapi tidak menangani isu sebenar.
“Malaysia berbelanja besar untuk Palestin, mengapa tidak bagi Rohingya? Mereka menggunakannya untuk kelebihan politik,” katanya. #sumber


Charles Santiago: Malaysia Perlu "Hentikan Retorik" Selesai Isu Sebenar Rohingya

Sekianlah artikel Charles Santiago: Malaysia Perlu "Hentikan Retorik" Selesai Isu Sebenar Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Charles Santiago: Malaysia Perlu "Hentikan Retorik" Selesai Isu Sebenar Rohingya linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/charles-santiago-malaysia-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Charles Santiago: Malaysia Perlu "Hentikan Retorik" Selesai Isu Sebenar Rohingya"

Posting Komentar