Cari Sampai Dapat!!!!! Polis Buru Penyebar Surat Layang - Ahmad Zahid

Cari Sampai Dapat!!!!! Polis Buru Penyebar Surat Layang - Ahmad Zahid - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cari Sampai Dapat!!!!! Polis Buru Penyebar Surat Layang - Ahmad Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cari Sampai Dapat!!!!! Polis Buru Penyebar Surat Layang - Ahmad Zahid
link : Cari Sampai Dapat!!!!! Polis Buru Penyebar Surat Layang - Ahmad Zahid

Baca juga


Cari Sampai Dapat!!!!! Polis Buru Penyebar Surat Layang - Ahmad Zahid

KAJANG: Polis sedang memburu penyebar surat layang yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pihak yang menyebarkan surat layang itu melalui media sosial melakukan tiga kesalahan iaitu memalsukan tandatangan beliau, menggunakan bahan rasmi kerajaan dan menimbulkan perkara membawa fitnah (menyebar fitnah).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis telah menerima sekurang-kurangnya 20 laporan polis berhubung penyebaran surat layang itu.

Katanya, beliau dimaklumkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang melakukan siasatan secara mendalam untuk memburu penyebarnya.

"Saya pasti siapa-siapa sahaja yang melakukannya akan menerima tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) kee-24 di sini, Ahad.

Ahmad Zahid diminta mengulas penyebaran lampiran surat layang yang mengandungi senarai kabinet baharu dengan Ahmad Zahid dinamakan sebagai Perdana Menteri di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp.

Surat layang tersebut juga menggesa semua anggota kabinet mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden berkata, surat itu adalah satu fitnah untuk mewujudkan ketegangan dalam BN dan Umno.

"Mereka melihat kemesraaan saya dan perdana menteri yang terjalin sejak 1987 ketika Najib masih Menteri Belia dan Sukan dan juga Ketua Pemuda Umno. Mereka cemburu dengan perpaduan dan keakraban yang wujud. Maka, mereka melakukan perlagaan antara pemimpin.

"Mereka tahu jika kedua-dua pemimpin (Najib dan Ahmad Zahid) itu boleh dipecahkan, matlamat mereka tercapai," katanya.

Ahmad Zahid berkata, surat layang itu tidak memberi kesan mendalam kepada Umno dan BN kerana ramai tidak percaya dengan surat tersebut berikutan pemalsuan kepala surat dan juga tandatangan beliau.

Selain itu, katanya, senarai jawatan yang disebutkan juga tidak mengikut protokol atau garis panduan.

Pada Sabtu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, penyebaran khabar angin itu adalah usaha untuk merosakkan hubungan rapat beliau dan timbalan perdana menteri. - Bernama


Cari Sampai Dapat!!!!! Polis Buru Penyebar Surat Layang - Ahmad Zahid

Sekianlah artikel Cari Sampai Dapat!!!!! Polis Buru Penyebar Surat Layang - Ahmad Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Cari Sampai Dapat!!!!! Polis Buru Penyebar Surat Layang - Ahmad Zahid linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/cari-sampai-dapat-polis-buru-penyebar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cari Sampai Dapat!!!!! Polis Buru Penyebar Surat Layang - Ahmad Zahid"

Posting Komentar