Bekas pengerusi BERSIH pula 'mengadap' Bukit Aman

Bekas pengerusi BERSIH pula 'mengadap' Bukit Aman - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas pengerusi BERSIH pula 'mengadap' Bukit Aman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas pengerusi BERSIH pula 'mengadap' Bukit Aman
link : Bekas pengerusi BERSIH pula 'mengadap' Bukit Aman

Baca juga


Bekas pengerusi BERSIH pula 'mengadap' Bukit Aman

MALAYSIAKINI


Bekas Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini dipanggil memberi keterangan berkaitan penerimaan dana asing.

Beliau hadir ke ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Ambiga ketika ditemui pemberita selepas berkata beliau turut disiasat bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ini susulan BERSIH didakwa menerima dana daripada Open Society Foundations yang dikaitkan dengan jutawan George Soros.

“Rupanya (siasatan) sebagai suspek tak jelas, sama ada sebagai suspek atau saksi,” katanya kepada pemberita.

Beliau yang memberi keterangan lebih sejam ditemani peguam N Surendran.

Ambiga, bekas pengerusi Majlis Peguam, menjadi pengerusi BERSIH selama tiga tahun dari November 2010 hingga November 2013.

Sementara itu, Ambiga berkata jika dilihat kepada seksyen 124C, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu disiasat kerana menerima derma dari negara asing.

“Jadi kalau kita lihat seksyen 124C, walaupun kita tidak setuju dengan 124C, derma (RM2.6 bilion) yang dimasukkan dalam akaun perdana menteri itu perlu disiasat sebab mereka telah mengaku derma itu digunakan untuk PRU13.

“Ertinya mereka telah pun menggunakan dana negara asing untuk PRU13. Itu campur tangan asing dalam pilihan raya kita,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa pihaknya disiasat kerana memperjuangkan demokrasi dalam negara ini.

“Saya nak tahu kenapa Perdana menteri tidak disiasat tapi NGO yang hanya memperjuangkan isu-isu demokrasi dan untuk memperkukuhkan institusi-institusi dan mengapa kita yang disiasat,” kesalnya.

Beberapa pemimpin NGO dipanggil polis untuk disoal siasat ekoran dakwaan ada pertubuhan tertentu menerima bantuan kewangan dari OSF yang dikaitkan dengan George Soros.

Antara pertubuhan yang disiasat setakat ini ialah BERSIH, Majlis Peguam Malaysia dan Malaysiakini.




Bekas pengerusi BERSIH pula 'mengadap' Bukit Aman

Sekianlah artikel Bekas pengerusi BERSIH pula 'mengadap' Bukit Aman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bekas pengerusi BERSIH pula 'mengadap' Bukit Aman linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/bekas-pengerusi-bersih-pula-mengadap.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bekas pengerusi BERSIH pula 'mengadap' Bukit Aman"

Posting Komentar