Judul : Apa yang sebenarnya DAP takutkan ......?
link : Apa yang sebenarnya DAP takutkan ......?
Apa yang sebenarnya DAP takutkan ......?
Melayu2 serpihan UMNO yang menubuhkan parti baru sudah mereka tawan. Parti orang Melayu Islam kedua terbesar juga telah mengikut telunjuk mereka. PAS, PKR, PAN dan BERSATU sudah melukut kepada DAP. Boneka dan balaci mereka dalam BN juga sudah memainkan peranan besar sehingga hampir 10% sahaja ahli dan penyokong mereka yang memberi undi kepada BN. Itu pun mungkin hanya untuk mengaburi mata pemimpin Melayu BN. Ketika itu DAP sudah melihat Melayu dan tanah airnya akan melutut dan berada dalam genggaman mereka.Bak kata peribahasa Melayu 'Langit tidak selalu cerah', suasana sudah menjadi kelam apabila parti PAS mula menyedari mereka hanya menjadi terompah DAP. DS Najib yang mengamalkan dasar berbaik2 dengan sesiapa sahaja telah melembutkan hati presiden PAS. DS Najib tidak mengamalkan politik kebencian. Sebab itu kutukan, makian, cercaan, penghinaan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya beliau hadapi dengan tenang tanpa melatah. Beliau dan semua orang Islam tahu bahawa setiap perbuatan sama ada perbuatan baik atau jahat ada balasannya dari Allah SWT. PAS di bawah kepimpinan Hadi Awang sudah melihat muslihat sebenar DAP. Mereka sudah tahu niat jahat DAP yang telah dirancang puluhan tahun yang lalu. Kembar DAP sudah menguasai Singapura yang dahulu milik Melayu.
UMNO juga sudah dapat melihat dengan jelas 'pengkhianatan' rakan2 BNnya. Bukan sekali malah sejak PRU11 lagi. PRU13 dengan jelas telah memperlihatkan belang mereka sebenarnya. BN hanya mendapat undi hanya lebih kurang 10% sahaja dan kehilangan berbelas kerusi. Walaupun UMNO dikhianati namun UMNO masih mendapat kesetiaan ahli dan penyokong2nya. Ini terbukti UMNO telah berjaya menambah bilangan kerusi. UMNO berbaik2 dengan PAS bukan kerana nak ajak PAS masuk UMNO. UMNO ajak PAS bersama adalah demi menyahut seruan Allah. Allah menyeru supaya umat Islam bersatu padu, kekalkan silaturrahim, kukuhkan perpaduan dan bersatu hati mempertahankan kedaulatan dan kesucian Islam. Perpaduan UMNO dan PAS tidak sama sekali menindas, meminggir atau merampas hak orang lain. Hak mereka seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia tetap utuh dan terjaga.
Hari ini DAP sudah melihat yang sudah dekat untuk dicapai kembali menjauh apabila PAS sudah berpatah arang dengannya. Akibat keangkuhan, sombong, besar diri dan tidak menghormati rakan apatah lagi lawan menyebabkan PAS rela bercerai. Sikap berbaik2 PAS dengan Umno sangat merisaukan DAP. Jika UMNO dan Pas menubuhkan kerajaan campuran maka hancur berkecai harapan mereka. Sebab itu sesuatu yang sangat mengejutkan telah berlaku dalam konvensyen DAP apabila bapak komunis tiba2 menjelma di dalam konvensyen tersebut dengan cara berpakaian yang menggambarkan seolah2 baru keluar dari 'hutan'.
Mereka sudah melihat bahawa 5 negeri yang mempunyai majoriti pengundi Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Pahang dan Kedah yang mempunyai 54 kerusi parlimen menjadi milik UMNO dan PAS. Mungkin UMNO dan PAS mampu memiliki 48 - 50 kerusi. Manakala di Sabah dan Sarawak pula mempunyai 56 kerusi. 106 kerusi sudah menjadi milik BN dan PAS di 7 buah negeri. Jika baki negeri2 lain UMNO dan PAS mampun memenangi 30 kerusi maka kerajaan akan terus diterajui oleh BN/UMNO/PAS. Maka menelan air liur DAP untuk 5 tahun lagi.
Mungkin bapak komunis dan bapak DAP setiap waktu berdoa supaya dipanjangkan umur untuk melihat partinya, kaumnya dan ideologinya berjaya merampas tanah milik Melayu yang tercinta ini. DS Najib dan Hadi Awang menjadi batu penghalang hasrat, impian dan mimpi2 indah DAP. DAP menganggap PAS adalah pengkhianat yang menggagalkan impian mereka.
Alhamdulillah PAS sudah menyedari mainan taktik kotor DAP. Namun masih ada segelintir Melayu yang sanggup mejadi khadam dan hamba kepada DAP hanya semata2 rakus dan tamakkan kuasa yang disulami dengan rasa kebencian, irihati, dengki dan bongkak walaupun Allah sudah beri peluang selama 22 tahun menjadi diktator.
Insaflah wahai Melayu yang bersekongkol dengan DAP. Allah menyeru umat Islam bersatu padu sesama umat Islam.
Ingatlah ....
Apa yang sebenarnya DAP takutkan ......?
Sekianlah artikel Apa yang sebenarnya DAP takutkan ......? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Apa yang sebenarnya DAP takutkan ......? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/apa-yang-sebenarnya-dap-takutkan.html
0 Response to "Apa yang sebenarnya DAP takutkan ......?"
Posting Komentar