Judul : Andansura: Moratorium Hampir Tamat, "Stockpile’ Bauksit Masih Banyak
link : Andansura: Moratorium Hampir Tamat, "Stockpile’ Bauksit Masih Banyak
Andansura: Moratorium Hampir Tamat, "Stockpile’ Bauksit Masih Banyak
ADUN Beserah, Andansura Rabu berkata, melihat longgokan atau ‘stockpile’ yang masih banyak, agak mustahil untuk pihak berkaitan mengosongkan baki bauksit dalam tempoh singkat.
“Saya nampak macam tiada pengurangan bauksit di pusat penyimpanan setakat ini. Saya sendiri tak faham kenapa bahan mineral itu masih tak kurang walaupun sudah tiga kali tempoh moratorium dilanjutkan.
“Melihat situasi seperti ini, saya percaya kerajaan persekutuan akan melanjutkan tempoh itu sehingga tiga bulan lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program khatan secara beramai-ramai di Balok Makmur, di sini semalam.
Menurutnya, selain masalah pengosongan pusat penyimpanan yang gagal diselesaikan, kerajaan negeri juga didakwa gagal mendedahkan prosedur operasi standard (SOP) baharu berhubung aktiviti bauksit.
“Di samping ini laluan baharu yang akan digunakan bagi tujuan mengangkut bauksit juga masih belum diumumkan secara jelas sehingga kini.
“Kita masih tertanya-tanya apakah langkah kerajaan negeri dalam menangani isu bauksit. Apa yang saya lihat kerajaan negeri hanya mengambil sikap berdiam diri dalam perkara ini.
“Jika tindakan berdiam diri menjadi pilihan kerajaan negeri masalah berhubung aktiviti bauksit tak akan dapat ditangani secara bijak,” katanya.
Andansura bagaimanapun mendesak kerajaan persekutuan melanjutkan tempoh moratorium sekiranya tiada langkah diambil oleh kerajaan negeri.
Katanya, itu adalah langkah terbaik dan selamat bagi mengelak pencemaran dan kesengsaraan rakyat berulang. #sumber
Andansura: Moratorium Hampir Tamat, "Stockpile’ Bauksit Masih Banyak
Sekianlah artikel Andansura: Moratorium Hampir Tamat, "Stockpile’ Bauksit Masih Banyak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Andansura: Moratorium Hampir Tamat, "Stockpile’ Bauksit Masih Banyak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/andansura-moratorium-hampir-tamat.html
0 Response to "Andansura: Moratorium Hampir Tamat, "Stockpile’ Bauksit Masih Banyak"
Posting Komentar