ADUN DAP buat provokasi dalam DUN N. Sembilan

ADUN DAP buat provokasi dalam DUN N. Sembilan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN DAP buat provokasi dalam DUN N. Sembilan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN DAP buat provokasi dalam DUN N. Sembilan
link : ADUN DAP buat provokasi dalam DUN N. Sembilan

Baca juga


ADUN DAP buat provokasi dalam DUN N. Sembilan

Bukan pemimpin DAP namanya kalau tidak menyakitkan hati orang dengan sengaja cari pasal... ini kisah ADUN Repah dari DAP, S.Veerapan mencetuskan ketegangan apabila memulakan perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan dengan menyebut 'Salam Bersih'.

Yang Dipertua Dewan, Datuk Dr Awaludin Said kemudiannya menegur Veerapan dengan berkata semua Adun sepatutnya merujuk buku panduan Dewan Undangan Negeri dan tidak melakukan sebarang provokasi dan seterusnya menyakiti hati mana-mana pihak.

"Yang Berhormat (Veerapan) tidak sepatutnya ulang Salam Bersih dan kita tidak pernah guna Salam Bersih. Kita guna Salam Sejahtera.

"Kalau Yang Berhormat mahu meminda bahasa, bukan disini tempatnya. Saya beri teguran supaya tukar dan seterusnya tidak mengganggu sidang," katanya.

Sebelum itu Datuk Hasim Rusdi (BN-Labu) bangun menegur tindakan Veerapan yang dianggapnya kurang susuai digunakan di dalam Dewan.

"Ambil tindakan Adun yang menggunakan kenyataan yang menyakitkan hati. Saya dengar banyak. Adun Temiang (Ng Chin Tsai dari DAP) juga ada sebut tentang Umno tadi. Kalau nak cerita tentang parti, saya juga boleh cerita. Harap Datuk Yang Dipertua ambil perhatian dan tindakan terhadap ahli dewan yang tidak ikut arahan," katanya.

Teguran Hasim disambut tepukan meja daripada Adun Barisan Nasional lain sebelum Veerapan meneruskan perbahasannya.

Namun Awaludin mengarahkan supaya Veerapan terlebih dahulu menarik balik salam itu sebelum boleh dibenarkan membahaskan ucapannya.

"Saya tidak akan membenarkan Yang Berhormat (Veerapan) meneruskan perbahasan selagi tidak menarik balik Salam Bersih itu," katanya.

Veerapan kemudiannya menyebut Salam Sejahtera sebelum meneruskan perbahasannya.


ADUN DAP buat provokasi dalam DUN N. Sembilan

Sekianlah artikel ADUN DAP buat provokasi dalam DUN N. Sembilan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ADUN DAP buat provokasi dalam DUN N. Sembilan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/adun-dap-buat-provokasi-dalam-dun-n.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ADUN DAP buat provokasi dalam DUN N. Sembilan"

Posting Komentar