Judul : ADA GENG PEMBANGKANG TOLONG!!!!! GAGAL JELAS DENDA FITNAH FELDA, MAZLAN ALIMAN DIISYTIHAR MUFLIS
link : ADA GENG PEMBANGKANG TOLONG!!!!! GAGAL JELAS DENDA FITNAH FELDA, MAZLAN ALIMAN DIISYTIHAR MUFLIS
ADA GENG PEMBANGKANG TOLONG!!!!! GAGAL JELAS DENDA FITNAH FELDA, MAZLAN ALIMAN DIISYTIHAR MUFLIS
KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Johor Bharu pada 30hb November 2016 berikutan kegagalan membayar denda dan gantirugi selepas kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).Mahkamah Tinggi tersebut telah menolak permohonan Mazlan, yang juga ahli jawatankuasa nasional PAN, untuk penggantungan prosiding serta turut menolak permohonan untuk mengenepikan petisyen pemiutang.
Pada 20 Julai 2009, FELDA telah mengemukakan saman terhadap Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. diatas kandungan sebuah buku yang memfitnah FELDA iaitu “FELDA… Dulu Tolong Sekarang Ah Long”.
Buku tersebut menggambarkan FELDA mengaut keuntungan yang banyak sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya akibat salah laku plaintif, dan mereka dijadikan seperti hamba abdi ekoran dasar FELDA yang didakwa menindas.
Selain itu, FELDA juga mendakwa kandungan buku tersebut berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi FELDA bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat.
Pada 29 Mei 2015, FELDA telah memenangi kes saman fitnah tersebut dan Mahkamah telah memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise untuk membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk serta kos guaman kepada FELDA.
Kesemua Defendan diarahkan untuk membayar kepada FELDA gantirugi berjumlah RM350,000.00, 8% faedah, kos RM150,000.00 dan keuntungan dari penjualan buku tersebut.
Akibat kegagalan membayar keseluruhan jumlah tersebut, FELDA telah melaksanakan prosiding kebankrapan terhadap Mazlan.-FELDAVOICE.COM
ADA GENG PEMBANGKANG TOLONG!!!!! GAGAL JELAS DENDA FITNAH FELDA, MAZLAN ALIMAN DIISYTIHAR MUFLIS
Sekianlah artikel ADA GENG PEMBANGKANG TOLONG!!!!! GAGAL JELAS DENDA FITNAH FELDA, MAZLAN ALIMAN DIISYTIHAR MUFLIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca ADA GENG PEMBANGKANG TOLONG!!!!! GAGAL JELAS DENDA FITNAH FELDA, MAZLAN ALIMAN DIISYTIHAR MUFLIS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/ada-geng-pembangkang-tolong-gagal-jelas.html
0 Response to "ADA GENG PEMBANGKANG TOLONG!!!!! GAGAL JELAS DENDA FITNAH FELDA, MAZLAN ALIMAN DIISYTIHAR MUFLIS"
Posting Komentar