Zalim... Pandikar Amin pulangkan 'paku buah keras' pada Kit Siang

Zalim... Pandikar Amin pulangkan 'paku buah keras' pada Kit Siang - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zalim... Pandikar Amin pulangkan 'paku buah keras' pada Kit Siang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zalim... Pandikar Amin pulangkan 'paku buah keras' pada Kit Siang
link : Zalim... Pandikar Amin pulangkan 'paku buah keras' pada Kit Siang

Baca juga


Zalim... Pandikar Amin pulangkan 'paku buah keras' pada Kit Siang

Ingat lagi ketika pembangkang Malaysia menggelarkan Tun Mahathir Mohamad dengan panggil 'mahazalim'...?

Hari ini  Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan balik Dewan Rakyat mengenai panggilan tersebut ketika mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang kerana memindahkan gelaran yang pernah diberikan kepada Mahathir kepada dirinya.

Menurut Yang Dipertuan Dewan Rakyat itu, gelaran 'zalim' yang ditujukan kepadanya sama seperti jolokan 'mahazalim' yang pernah diberikan Kit Siang kepada bekas perdana menteri itu.

"Saya masih ingat sekitar tahun 1998, saya bertugas untuk menjawab soalan berkaitan isu di jabatan perdana menteri, dan saya masih ingat gelaran popular yang ditujukan kepada Tun Mahathir.

"Gelaran mahazalim dan firaun ditujukan oleh Gelang Patah kepada Tun Mahathir. Tapi bila mereka bertemu pada Selasa lalu, gelaran zalim itu berpindah pula kepada saya," katanya kepada pemberita di sidang media di Parlimen pada Khamis.

Tambahnya, ia bukanlah satu isu yang besar kerana segala yang berlaku ini adalah disebabkan politik.

Pandikar mengadakan sidang media bagi menjawab pertemuan Tun Mahathir yang pertama kali menjejakkan kaki  ke parlimen selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sebagai ahli pembangkang untuk menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen.

Mengiringi beliau adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.

Bagaimanapun daripada 88 MP pembangkang hanya sekitar 20 orang yang dilihat hadir mesyuarat yang dianjurkan di bangunan sementara di parlimen.

Beliau turut ditanya berkaitan jemputan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menghadiri konvensyen pertama Pakatan Harapan yang akan diadakan di Shah Alam, Sabtu ini.

Katanya, beliau ada sebab tersendiri untuk tidak hadir ke konvensyen tersebut.

"Pada Isnin lalu, saya mendapat surat dari pihak pembangkang untuk menjemput Tun Mahathir ke Parlimen, saya izinkan. Selepas itu, saya menerima surat dari ketua pembangkang untuk hadir ke perjumpaan tersebut.

"Saya balas...kerana secara individu saya boleh berjumpa sesiapa sahaja tetapi sebagai Speaker, saya tidak boleh berjuma sesiapa sahaja kerana tujuan mereka adalah untuk berjumpa dengan semua ahli pihak pembangkang. Apa tujuan perjumpaan itu diadakan? Sebab itu saya tidak mahu hadir," katanya.

Pandikar turut menyangkal tuduhan ahli parlimen pembangkang yang menuduhnya bersikap tidak adil kerana dilihat lebih memihak kepada kerajaan semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

"Saya menyangkal sekerasnya apa yang dikatakan pihak pembangkang itu. Sebagai contoh, ketika Ahli Parlimen Pandan berhujah, beliau berhujah selama 30 minit tanpa mendapat gangguan daripada saya dan timbalan-timbalan saya. Kerana apa? Kerana beliau berhujah mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Tapi, bila ada ahli parlimen berhujah tidak mengikut arahan Speaker, sebab itu mereka akan disuruh berhenti," katanya.


Zalim... Pandikar Amin pulangkan 'paku buah keras' pada Kit Siang

Sekianlah artikel Zalim... Pandikar Amin pulangkan 'paku buah keras' pada Kit Siang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Zalim... Pandikar Amin pulangkan 'paku buah keras' pada Kit Siang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/zalim-pandikar-amin-pulangkan-paku-buah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Zalim... Pandikar Amin pulangkan 'paku buah keras' pada Kit Siang"

Posting Komentar