Video Kit Siang terpaksa tarik balik kenyataan gambarkan Speaker zalim

Video Kit Siang terpaksa tarik balik kenyataan gambarkan Speaker zalim - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video Kit Siang terpaksa tarik balik kenyataan gambarkan Speaker zalim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video Kit Siang terpaksa tarik balik kenyataan gambarkan Speaker zalim
link : Video Kit Siang terpaksa tarik balik kenyataan gambarkan Speaker zalim

Baca juga


Video Kit Siang terpaksa tarik balik kenyataan gambarkan Speaker zalim

Ahli Parlimen DAP Gelang Patah Lim Kit Siang, hari in menarik balik tuduhannya yang menggambarkan Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia sebagai zalim.

Sebelum itu, Kit Siang dalam pencelahannya di Dewan Rakyat pagi Khamis  menuduh Pandikar Amin zalim kerana tidak pernah membenarkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43 dibahaskan.

Peraturan Mesyuarat 43 adalah usul persendirian yang boleh dibuat oleh mana-mana ahli Yang Berhormat yang tidak puas hati dengan keputusan Speaker ketika persidangan.

Kit Siang dalam hujahnya berkata, tidak perlu ada peraturan berkenaan jika tidak dilaksanakan dan beliau mahu peraturan itu dipinda.

“Tak guna kita ada Peraturan Mesyuarat 43 kalau tidak boleh digunakan, tak mungkin dibahas. Tak guna kita sebut lagi” katanya.

Kenyataan beliau ditegur Pandikar Amin.

“Yang Berhormat Gelang Patah, sepanjang ingatan saya, sebelum saya berpolitik, Yang Berhormat telah berpolitik dan harus tahu peraturan mesyuarat.

“Kenapa (masa) saya (minta pinda peraturan mesyuarat). Kenapa tidak dibangkit dahulu semasa speaker-speaker sebelum saya, kenapa saya jadi sasaran Gelang Patah,” katanya.

Bagaimanapun penjelasan beliau dibalas Kit Siang dengan mengambarkan Pandikar Amin sebagai speaker yang zalim.

“Saya jawab oleh kerana speaker dahulu tak begitu zalim,” katanya menyebabkan Dewan Kecoh manakala Pandikar Amin segera mengarahkan Kit Siang menarik balik kenyataannya.

“Yang Berhormat tarik, Yang berhormat tarik balik,” katanya dengan tegas menyebabkan Kit Siang menarik balik kenyataan itu.

“Kalau begitu saya tarik balik,” kata Penasihat DAP.

Terdahulu, Pandikar Amin turut menegur Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong kerana mempesoal keputusan beliau menolak usul mahu merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan Dewan ketika pembentangan Bajet 2017.

Menurutnya, jika Ahli Parlimen itu tidak berpuas hati dengan keputusan itu, boleh membuat usul persendirian di bawah Peraturan Mesyuarat 43 bagi membolehkan perkara itu dikaji.

Bagaimanapun, Chee Keong terus mendesak supaya Speaker mengkaji semula usulnya terhadap Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Ini mencetuskan perbalahan antara beliau dengan Pandikar yang berakhir dengan Chee Keong diarah keluar Dewan kerana engkar arahan supaya duduk.

“Apa sebab mahu bertengkar dengan Speaker? .. kalau tak setuju buat usul persendirian di bawah peraturan 43, saya tak boleh kaji jika tidak ada usul itu, katanya.

Tegas Pandikar Amin dengan apa yang berlaku kepada Bukit Mertajam  hanya memberi publisiti kepadanya kerana dihalau keluar Dewan.

Beliau menyatakan kesal kerana itu hanya memberi gambaran Speaker sebagai seorang yang jahat.

“Ini bermakna Speaker yang jahat, rakyat akan nampak speaker yang zalim sebab halau wakil rakyat pembangkang. Mereka tidak nampak apa yang berlaku di sini,” ujarnya.


Video Kit Siang terpaksa tarik balik kenyataan gambarkan Speaker zalim

Sekianlah artikel Video Kit Siang terpaksa tarik balik kenyataan gambarkan Speaker zalim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Video Kit Siang terpaksa tarik balik kenyataan gambarkan Speaker zalim linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/video-kit-siang-terpaksa-tarik-balik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Video Kit Siang terpaksa tarik balik kenyataan gambarkan Speaker zalim"

Posting Komentar