Judul : Tiga anggota komando cedera bahan kimia meletup
link : Tiga anggota komando cedera bahan kimia meletup
Tiga anggota komando cedera bahan kimia meletup
Gambar HIASANTiga anggota tentera berpangkat Lans Koperal cedera akibat letupan bahan kimia ketika mengikuti kursus latihan letupan di Gemas, semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak yang mengesahkan perkara tersebut berkata bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang laporan rasmi diterima pihaknya.
“Masih belum ada report…tapi memang berlaku,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.
Dikhabarkan ketiga-tiga mangsa yang bertugas di unit 22 komando itu telah diberikan rawatan di Hospital Tentera Darat (HTD) Kem Syed Sirajuddin Gemas sebelum dipindahkan ke Hospital Segamat, 3 petang semalam.
Seorang daripadanya turut dikhabarkan kritikal selepas 32 peratus badannya terbakar, manakala dua lagi, masing-masing 27 dan 10 peratus terbakar di badan, separa kritikal.
Tiga anggota komando cedera bahan kimia meletup
Sekianlah artikel Tiga anggota komando cedera bahan kimia meletup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tiga anggota komando cedera bahan kimia meletup linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/tiga-anggota-komando-cedera-bahan-kimia.html
0 Response to "Tiga anggota komando cedera bahan kimia meletup"
Posting Komentar