'Tiada Maria Chin, tiadalah Jamal Yunos...,' - Zahid

'Tiada Maria Chin, tiadalah Jamal Yunos...,' - Zahid - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Tiada Maria Chin, tiadalah Jamal Yunos...,' - Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Tiada Maria Chin, tiadalah Jamal Yunos...,' - Zahid
link : 'Tiada Maria Chin, tiadalah Jamal Yunos...,' - Zahid

Baca juga


'Tiada Maria Chin, tiadalah Jamal Yunos...,' - Zahid

"Tiada Maria Chin, tiadalah Jamal Yunos...,".  Itulah yang dikatakan oleh Menteri Dalam  Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyentuh isu Gerakan Baju Merah yang akan diadakan serentak dengan perhimpunan Bersih 5 pada 19 November nanti.

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan akan tetap dengan pendiriannya untuk mengenakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengadakan himpunan tanpa kebenaran pihak polis atau Akta Perhimpunan Aman.

"Kerajaan mengambilkira setiap pandangan yang dilontarkan oleh ahli parlimen, namun pendirian kami tetap...baju merah atau baju kuning yang berhimpun tanpa kebenaran polis atau mengikut akta yang ditetapkan, akan dikenakan tindakan," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2017 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, kumpulan atau gerakan yang ingin berhimpun atas matlamat tertentu seharusnya menggunakan platform yang dibenarkan bagi mengekspresikan rasa bukan berhimpun sehingga mengganggu ketenteraman rakyat.

"Bila berhimpun secara berpuak-puak, ia secara tidak langsung mengganggu ketenteraman awam kerana keadaan (berhimpun) tidak dapat dikawal.

"Saya sayang negara saya, saya pasti rakyat juga sayang negara. Oleh itu, gunakan landasan yang sedia ada bersama walaupun berbeza pendapat," katanya.

Sesi penggulungan itu turut dicelah oleh Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang mempersoalkan tujuan sebenar Bersih diadakan.

"Rakyat sudah bosan dengan Bersih. Mereka ganggu rakyat, memijak gambar pemimpin, menyapu gambar isteri pemimpin, jadi apakah matlamat sebenar Bersih? Wajarkah kita membiarkan Bersih bermaharajalela?," katanya.

Bung Mokhtar turut meminta agar tindakan tegas dikenakan terhadap Bersih kerana ia jelas terpesong daripada matlamat yang ingin diperjuangkan.

"Kalau betul nak tukar kerajaan, tunggu pilihan raya umum (PRU) nanti. Kita tengok rakyat pilih siapa...Barisan Nasional (BN) atau pembangkang? Tidak perlu adakan Bersih tiap-tiap tahun," katanya.

Gerakan Baju Merah yang diketuai oleh Datuk Jamal Yunos itu menetapkan perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini dengan tema 'Satukan Tenaga, Malaysia Baru!'.

Malah beberapa acara konvoi seluruh negara telah dianjurkan menjelang himpunan itu, bermula 1 Oktober.

Pihak Gerakan Baju Merah juga dilaporkan bakal menampilkan 40 peratus penyertaan kaum Cina di Malaysia bagi menyaingi Bersih 5.


'Tiada Maria Chin, tiadalah Jamal Yunos...,' - Zahid

Sekianlah artikel 'Tiada Maria Chin, tiadalah Jamal Yunos...,' - Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca 'Tiada Maria Chin, tiadalah Jamal Yunos...,' - Zahid linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/tiada-maria-chin-tiadalah-jamal-yunos.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Tiada Maria Chin, tiadalah Jamal Yunos...,' - Zahid"

Posting Komentar