Tembakan peluru berpandu ke arah Mekah angkara Iran...?Kenapa Tak Serang Israil...?

Tembakan peluru berpandu ke arah Mekah angkara Iran...?Kenapa Tak Serang Israil...? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tembakan peluru berpandu ke arah Mekah angkara Iran...?Kenapa Tak Serang Israil...?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tembakan peluru berpandu ke arah Mekah angkara Iran...?Kenapa Tak Serang Israil...?
link : Tembakan peluru berpandu ke arah Mekah angkara Iran...?Kenapa Tak Serang Israil...?

Baca juga


Tembakan peluru berpandu ke arah Mekah angkara Iran...?Kenapa Tak Serang Israil...?

Seorang pakar ketenteraan Mesir mendakwa, pelancaran pe­luru berpandu balistik ke Mekah pada Khamis tidak mungkin dilakukan pemberontak Syiah Houthi berdasarkan kemampuan terhad kumpulan berkenaan.

Hisham al-Halabi dalam satu kenyataannya kepada portal Al Arabiya berkata, pihak yang bertanggungjawab melancarkan misil itu jelas mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi.

Beliau percaya, peluru berpandu ba­listik itu dilancarkan oleh pakar Iran atau kumpulan militia yang setia kepada bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Salleh.

“Kumpulan bertanggungjawab menggunakan peluru berpandu Scud jenis permukaan ke permukaan.

“Tentera Yemen memperoleh bekalan misil itu dari Rusia sebelum kumpulan militia Ali merampasnya,” kata Hisham.

Beliau berkata, senjata itu terbahagi kepada beberapa jenis iaitu A hingga D dengan jarak pelancaran antara 180 hingga le­bih 300 kilometer bagi setiap jenis.

Tambahnya, senjata itu juga berbeza dari segi ketepatan, tahap kelajuan serta jarak yang boleh dicapai bagi setiap pelancaran.

Hisham berkata, bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein juga pernah menggunakan salah satu daripada senjata-senjata tersebut ketika Perang Teluk serta semasa berperang dengan Iraq selain pernah dibangunkan oleh Korea Utara.

Hisham bagaimanapun percaya peluru berpandu balistik itu tidak akan menggusarkan Arab Saudi kerana negara ini memiliki keupayaan sistem pertahanan yang lebih canggih.

Dalam kejadian malam Khamis lalu, cubaan serangan ke Mekah digagalkan oleh Arab Saudi yang berjaya memintas peluru berpandu berkenaan.

Menurut portal Arab News yang memetik kenyataan tentera perikatan diketuai Arab Saudi, peluru berpandu balistik itu berjaya dimusnahkan kira-kira 65 kilome­ter dari Mekah tanpa mengakibatkan kecederaan kepada orang ramai.


Tembakan peluru berpandu ke arah Mekah angkara Iran...?Kenapa Tak Serang Israil...?

Sekianlah artikel Tembakan peluru berpandu ke arah Mekah angkara Iran...?Kenapa Tak Serang Israil...? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tembakan peluru berpandu ke arah Mekah angkara Iran...?Kenapa Tak Serang Israil...? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/tembakan-peluru-berpandu-ke-arah-mekah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tembakan peluru berpandu ke arah Mekah angkara Iran...?Kenapa Tak Serang Israil...?"

Posting Komentar