Judul : Tanah Runtuh Di Serendah, Gerai Dan 10 Buah Kenderaan Musnah !
link : Tanah Runtuh Di Serendah, Gerai Dan 10 Buah Kenderaan Musnah !
Tanah Runtuh Di Serendah, Gerai Dan 10 Buah Kenderaan Musnah !
HULU SELANGOR: Seorang penunggang motosikal cedera manakala sebuah gerai dan 10 kenderaan musnah dalam kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini, awal pagi tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan itu jatuh ke lereng bukit berdekatan.
Beliau berkata seramai 6 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1 pagi.
“Kita sedang membuat pemeriksaan sekiranya terdapat lagi mangsa yang terperangkap, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” katanya.
Jalan utama Taman Idaman ditutup. #sumber
Tanah Runtuh Di Serendah, Gerai Dan 10 Buah Kenderaan Musnah !
Sekianlah artikel Tanah Runtuh Di Serendah, Gerai Dan 10 Buah Kenderaan Musnah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tanah Runtuh Di Serendah, Gerai Dan 10 Buah Kenderaan Musnah ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/tanah-runtuh-di-serendah-gerai-dan-10.html
0 Response to "Tanah Runtuh Di Serendah, Gerai Dan 10 Buah Kenderaan Musnah !"
Posting Komentar