SOSMA Bertentangan Dengan Perlembagaan, Mesti Di Mansuh

SOSMA Bertentangan Dengan Perlembagaan, Mesti Di Mansuh - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SOSMA Bertentangan Dengan Perlembagaan, Mesti Di Mansuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SOSMA Bertentangan Dengan Perlembagaan, Mesti Di Mansuh
link : SOSMA Bertentangan Dengan Perlembagaan, Mesti Di Mansuh

Baca juga


SOSMA Bertentangan Dengan Perlembagaan, Mesti Di Mansuh


IPOH: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 adalah tidak sehaluan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang memberi kedaulatan kepada prinsip-prinsip demokrasi seperti hak bersuara dan hak berhimpun, justeru mesti dimansuhkan.

Lebih-lebih lagi apabila undang-undang itu disalahguna oleh pemimpin-pemimpin zalim yang cuba menangkap individu berlainan pendapat dan ideologi politik, kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar.

Menurutnya, SOSMA boleh dianggap sebagai satu muslihat kerajaan untuk menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan wajah baru biarpun pelbagai janji diberi oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional kononnya ia berbeza.

“Kerajaan mendakwa akta itu dirangka untuk mencegah keganasan dan menangani ancaman keselamatan negara. Kerajaan juga beri jaminan SOSMA tidak akan digunakan terhadap pihak berlainan ideologi.

“Tapi, Seksyen 4(3) akta tersebut seolah-olah sengaja tidak difahami oleh mereka walaupun niat undang-undang itu amat jelas,” katanya dalam satu kenyataan.

Seksyen 4(3) SOSMA menyatakan, “Tidak ada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah Seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politiknya.”

Setiausaha Antarabangsa DAP itu menjelaskan, penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah SOSMA baru-baru ini merupakan contoh ketara bahawa kerajaan UMNO Barisan Nasional bertindak menyalahi Seksyen berkenaan.

Sedangkan, kata Sivakumar, Maria adalah seorang aktivis yang menuntut pilihan raya bersih dan adil demi memperkukuhkan demokrasi berparlimen di negara ini.

“Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus bangkit menentang undang-undang SOSMA yang kejam,” tegasnya. #sumber


SOSMA Bertentangan Dengan Perlembagaan, Mesti Di Mansuh

Sekianlah artikel SOSMA Bertentangan Dengan Perlembagaan, Mesti Di Mansuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca SOSMA Bertentangan Dengan Perlembagaan, Mesti Di Mansuh linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/sosma-bertentangan-dengan-perlembagaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SOSMA Bertentangan Dengan Perlembagaan, Mesti Di Mansuh"

Posting Komentar