Judul : Singapura mungkin dapat Presiden Melayu tahun depan
link : Singapura mungkin dapat Presiden Melayu tahun depan
Singapura mungkin dapat Presiden Melayu tahun depan
ANTARAPOS.COMSINGAPURA: Presiden Singapura, Tony Tan Keny Yam mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya, sekali gus memberi peluang kepada calon berketurunan Melayu untuk menerajui republik ini.
“Saya mahu melihat Presiden daripada orang Melayu selepas 46 tahun,” kata beliau yang juga Presiden Ketujuh Singapura selepas mengangkat sumpah pada 1 September 2011.
Mengukuhkan lagi Singapura bakal ditadbir Presiden Melayu, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berkata, jawatan itu akan dikhaskan untuk calon dari kaum tersebut.
“Saya akan mencadangkan pindaan dilakukan dalam peruntukan kaum Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan dan Akta Pilihan Raya Presiden pada Januari ini,” katanya di Parlimen.
Hsien Loong menjelaskan, sistem yang akan dipinda itu merupakan satu model yang membuka pencalonan kepada semua kaum, namun jika tiada Presiden dari etnik tertentu selama lima penggal berturut-turut, maka penggal akan datang dikhaskan kepada satu kaum sahaja.
Jelas beliau, jika ada calon Melayu yang berkelayakan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Singapura pada Ogos tahun depan, negara ini akan memiliki Presiden Melayu sekali lagi.
“Memetik kata-kata Menteri Komunikasi dan Maklumat, Yaacob Ibrahim semalam, Presiden seterusnya akan menjadi orang Melayu kedua menerajui Singapura dalam tempoh 46 tahun sejak Presiden pertama, Yusof Ishak,” katanya.
Singapura mungkin dapat Presiden Melayu tahun depan
Sekianlah artikel Singapura mungkin dapat Presiden Melayu tahun depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Singapura mungkin dapat Presiden Melayu tahun depan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/singapura-mungkin-dapat-presiden-melayu.html
0 Response to "Singapura mungkin dapat Presiden Melayu tahun depan"
Posting Komentar