Judul : Siapa Yang Betul, Mahathir Atau Muhyiddin?KEpala Geng Ini Ikut Suka Dia Saja
link : Siapa Yang Betul, Mahathir Atau Muhyiddin?KEpala Geng Ini Ikut Suka Dia Saja
Siapa Yang Betul, Mahathir Atau Muhyiddin?KEpala Geng Ini Ikut Suka Dia Saja
Ramai pihak menganggap, hubungan antara Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah baik dan mereka acapkali mempunyai pendapat yang sama. Tanggapan ini didorong oleh kesepakatan mereka menubuhkan PPBM dalam usaha mereka menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.Namun, apa yang berlaku pada Konvensyen Pertama Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam semalam menyerlahkan bahawa ada yang tidak kena antara Mahathir dan Presidennya, Muhyiddin. Mungkin bagi mata kasar, tidak begitu ketara perselisihan antara kedua-dua orang kuat PPBM ini. Namun, jika dinilai secara mendalam, ianya seolah-olah disembunyikan Mahathir tentang hubungan mereka.
Menarik untuk disaksikan bagaimana kedua-dua individu ini tiba secara berasingan serta ucapan mereka juga mempunyai percanggahannya yang tersendiri. Pada konvensyen berkenaan, Mahathir tiba kira-kira jam 11.30 pagi dimana beliau berucap pada jam 12 selama 30 minit.
Berbanding Muhyiddin, beliau tiba pada jam 2.45 petang sambil diiringi oleh Timbalan PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Beliau berucap pada jam 3.15 petang sesudah Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli selesai menyampaikan ucapan ala-ala fitnahnya dalam majlis berkenaan.
Dalam ucapan Mahathir, beliau menggariskan betapa pentingnya kesemua parti pembangkang untuk bersatu dibawah satu panji untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional. Malah dalam ucapannya juga, beliau secara terbuka bersetuju untuk PPBM bergabung dengan Pakatan Harapan secepat mungkin. Malah, beliau juga dilihat mahu melihat penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan berlangsung semasa Konvensyen berkenaan.
Namun, apabila tiba ucapan Muhyiddin atas kapasitinya selaku Presiden PPBM, beliau sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk menangguhkan sementara penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan kerana menurutnya, ada beberapa perkara yang harus diperhalusi terlebih dahulu sebelum beliau bersetuju untuk membawa PPBM kedalam Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.
Persoalannya, kemahuan siapa yang mahu diikut? Ketika temubual yang dilakukan semasa Konvensyen berkenaan berhenti rehat bersama-sama Teresa Kok tengah hari semalam, beliau menyifatkan Mahathir telah “over rule” kuasa Presiden untuk memutuskan sesuatu keputusan. Namun begitu, beliau kekal positif bahawa PPBM akhirnya akan tunduk pada desakan ahli mereka untuk menyertai pakatan pembangkang kelak.
Paling mencuri tumpuan apabila Rafizi Ramli secara terang-terangan mahu PPBM menyatakan pendirian mereka dalam menyertai Pakatan Harapan. Dalam ucapan Rafizi, ini penting supaya satu pakatan baru dapat dibentuk seawal yang boleh sebelum Pilihan Raya Umum diadakan. Malah, beliau akan meminta, Majlis Presiden Pakatan Harapan menetapkan satu tarikh akhir bagi PPBM menyatakan pendirian mereka.
Kini, terpulang kepada Mahathir dan Muhyiddin untuk menentukan masa depan parti bunga berkenaan. Andai diturutkan Mahathir, beliau mahu sahaja perjanjian penyertaan ini ditandatangani semalam. Namun jika dilihat kepada reaksi Muhyiddin, beliau cukup gentar andai partinya ini tidak lagi diberi perhatian oleh ahlinya.
Siapa Yang Betul, Mahathir Atau Muhyiddin?KEpala Geng Ini Ikut Suka Dia Saja
Sekianlah artikel Siapa Yang Betul, Mahathir Atau Muhyiddin?KEpala Geng Ini Ikut Suka Dia Saja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Siapa Yang Betul, Mahathir Atau Muhyiddin?KEpala Geng Ini Ikut Suka Dia Saja linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/siapa-yang-betul-mahathir-atau.html
0 Response to "Siapa Yang Betul, Mahathir Atau Muhyiddin?KEpala Geng Ini Ikut Suka Dia Saja"
Posting Komentar