Judul : Siapa Akan ‘Jilat Kahak’ Sendiri 10 Hari Lagi?
link : Siapa Akan ‘Jilat Kahak’ Sendiri 10 Hari Lagi?
Siapa Akan ‘Jilat Kahak’ Sendiri 10 Hari Lagi?
Kira-kira 10 hari lagi dan jika puak Baju Kuning tetap mahu menunjukkan kedegilan mereka untuk patuh pada undang-undang negara, maka mereka akan berhimpun beramai-ramai di Dataran Merdeka.Khabarnya Bersih 5 kali ini lebih ‘istimewa’ kerana bukan saja seorang bekas pemimpin utama negara yang bakal ‘menjilat kahak’ yang diludahnya, malah beberapa pemimpin lagi yang sebelum ini menentang keras himpunan haram itu juga akan turut sama ‘menjilat kahak’.
Itu belum lagi dihitung ‘macai-macai’ mereka yang sebelum ini turun padang membuat liputan tentang kebobrokan himpunan Baju Kuning itu. Jika dihitung semuanya, boleh ‘muntah hijau’ dibuatnya, terpalit kahak yang paling jijik untuk mereka jilat.
Mengenangkan mereka-mereka itu membuat penulis tersenyum, begitu murah sekali maruah mereka. Hanya gara-gara politik, mereka gadaikan prinsip diri dan sanggup meletakkan diri pada peringkat yang lebih hina.
Kononnya mahu menjatuhkan ‘pesalah’. Kononnya mahu menghukum ‘perompak wang rakyat’. Kononnya mahu ‘bungkuskan’ Barisan Nasional dan UMNO, namun mereka seolah-olah tidak sedar diri mereka bagaikan sedang ‘bertelanjang bulat’ sambil ditertawakan Baju Kuning.
Dulu pemimpin warga emas itu pernah menulis di blognya yang tersohor, mengecam Baju Kuning sebagai petualang negara yang tidak demokratik. Disebut ‘Arab Spring’ sebagai contoh yang perlu dijauhi.
Tapi kini dia sendiri awal-awal lagi sudah mengaku akan hadir seperti tahun lepas. Mungkin juga anaknya akan turut serta. Malah, mungkin akan diangkut sekali kaum kerabatnya yang lain. Apa sudah terjadi? Jika di timur tengah dipanggil ‘Arab Spring’, di Malaysia dia mahu dipanggil apa?
DBKL sudah keluarkan kenyataan. PDRM juga sama sudah keluarkan kenyataan. Kedua-dua pihak berkuasa itu sudah jelaskan larangan. Tapi mereka degil juga? Kononnya mereka berhak? Jadi, DBKL dan PDRM tidak berhak dan tidak punya sebarang kuasa?
Dulu mereka hantar ‘water cannon’, gerombolan PDRM dan pasukan FRU pada puak Reformasi. Ada yang ditangkap dan dihumban ke Kemunting. Ramai juga yang gatal-gatal kulit, mata merah bak saga, lari bertempiaran dihambat belantan.
Dan kini apakah mereka mengundang perkara yang sama dilakukan terhadap mereka? Warga emas itu mahu dihambat belantan dan cota? Yang muda itu mahu disembur air sabun yang gatal? Mahu tidur lokap dan diheret ke mahkamah kemudiannya? Itu risiko yang hendak ditanggung?
Atas dasar dan tujuan apa? Perjuangan? Perjuangan yang lahir dari persepsi dan anggapan yang bersandarkan pada fakta palsu serta rekaan semata-mata? Berbaloikah perjuangan palsu sebegitu? Apakah akan himpunan itu akan mendatangkan hasil yang diharapkan?
Sudah 4 kali sebelum ini himpunan yang sama dianjurkan. Langsung tidak memberi hasil yang mereka harapkan. Malah kesannya adalah negatif kepada imej negara khususnya kepada sektor pelancongan dan mengganggu kehidupan warga kota.
Baju Kuning bernasib baik sebelum ini. Sudah 4 kali mereka melakukan onar, sekalipun warga kota belum bertindak memfailkan saman terhadap mereka. Jika ada yang failkan saman sivil, mungkin ramai yang akan muflis dan mungkin ada yang sudah kaya dapat ‘durian runtuh’.
Yang ‘macai’ pula sanggup membiarkan diri diperguna. Pemimpin mereka tidur lelap dirumah, jika ditangkap pun ada peguam yang handal melepaskan mereka. Tapi ‘macai’ dapat apa? Sudahlah ‘menjilat kahak hijau sendiri’, malu dapat, sakit dapat, gatal pun dapat?
Biarlah ‘luncai-luncai’ itu dengan ‘labu-labu’ mereka. Yang pasti, rakyat tidak sebodoh yang mereka sangka, malah lebih bijak menilai tentang siapa sebenarnya mereka…
Siapa Akan ‘Jilat Kahak’ Sendiri 10 Hari Lagi?
Sekianlah artikel Siapa Akan ‘Jilat Kahak’ Sendiri 10 Hari Lagi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Siapa Akan ‘Jilat Kahak’ Sendiri 10 Hari Lagi? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/siapa-akan-jilat-kahak-sendiri-10-hari.html
0 Response to "Siapa Akan ‘Jilat Kahak’ Sendiri 10 Hari Lagi?"
Posting Komentar