Judul : Shaziman: Cuepacs Tidak Bela Anggota Terlibat Perhimpunan Bersih
link : Shaziman: Cuepacs Tidak Bela Anggota Terlibat Perhimpunan Bersih
Shaziman: Cuepacs Tidak Bela Anggota Terlibat Perhimpunan Bersih
Timbalan Presiden II Cuepacs Mohd Shaziman Jaes berkata setakat ini, Cuepacs belum menerima sebarang laporan terdapat anggotanya terlibat dalam gerakan seumpama itu.
"Cuepacs menyokong kerajaan sebab kitalah anggota yang melaksanakan dasar kerajaan dan yakin semua penjawat awam menyokong kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi dialog bersama kakitangan Kementerian Kesihatan di sini, Isnin.
Dalam perkembangan lain Cuepacs menggesa pihak jabatan mempercepatkan penstrukturan perjawatan agar penjawat awam boleh menikmati gred baharu yang diwujudkan.
Mohd Shaziman berkata pekeliling mengenai perkara itu dikeluarkan sejak lima bulan lepas oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun pelaksanaannya sangat perlahan malah belum ada permohonan daripada jabatan tertentu walaupun gred baharu telah diwujudkan.
"Kita menganggap seolah-olah ada kekangan tertentu mengenai perkara ini dan jabatan belum membuat tindakan yang ketara.
"Kita mahukan unjuran kenaikan pangkat bagi memberi peluang kepada kakitangan yang berada di tahap tertentu untuk mengisi gred yang diwujudkan itu," katanya.
Mohd Shaziman berkata isu itu menjadi persoalan dalam kalangan kakitangan awam kerana kerajaan telah memberi laluan dengan mewujudkan gred baharu, namun pelaksanaannya seakan-akan disekat di peringkat jabatan.
"Amat rugi apabila peluang kenaikan pangkat atau gred diwujudkan tetapi tiada tindakan (di peringkat jabatan), sekaligus menyebabkan kakitangan melihat hak mereka dinafikan," katanya. #sumber
"Amat rugi apabila peluang kenaikan pangkat atau gred diwujudkan tetapi tiada tindakan (di peringkat jabatan), sekaligus menyebabkan kakitangan melihat hak mereka dinafikan," katanya. #sumber
Shaziman: Cuepacs Tidak Bela Anggota Terlibat Perhimpunan Bersih
Sekianlah artikel Shaziman: Cuepacs Tidak Bela Anggota Terlibat Perhimpunan Bersih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Shaziman: Cuepacs Tidak Bela Anggota Terlibat Perhimpunan Bersih linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/shaziman-cuepacs-tidak-bela-anggota.html
0 Response to "Shaziman: Cuepacs Tidak Bela Anggota Terlibat Perhimpunan Bersih"
Posting Komentar